TAHNIAH (lagi) MALAYSIA!! asyik Fahmi jek, aku nak SAFEE SALI haha!!

oh2 excited jugak Malaysia menang malam tadi haha! baru nak update sekarang hee~ :PP rata-rata aku tengok kat fesbuk, twitter, blog sumenye cakap pasal bola hehe~ ye laa dah 14 tahun x merangkul champion, akhirnya sampai jugak en hee Alhamdulillah~ :)

pastu boleh pulak penjaga gol skuad Malaysia kita nih, Khairul Fahmi, terus jadi glemer hehe~ :) ade rupa, boleh la jugak teheee~ tapi tu la, dah ade awek jejariruncing lagi tu, aku cancel terus la haha! :PP aku nak Safee Sali lah, striker Malaya kita haha yeeahhh!! :DDD



Tahniah kerana berjaya merangkul top scorer hee~ bangga aku jadi budak Selangor teheee~ :PP eh2 jap aku anak jati KL, jiran la tu kan?? hehehe~ :P

LIKE KALAU SUKA.

hanyalah bebelanku...


huk3 asyik x sempat jek nak update blog weee~ T_T nak kata busy, oh tidakk i have plenty of time!! even Tun Dr. Mahathir pun ade masa untuk menulis hehe kenapa aku cakap pasal dia plak?? O_O oh kalau begitu kenapa yarr??? O_o ohh malas?? ye ke??? haha merepek lagi T_T

ohh hutang!!! kenapa sem nih aku banyak berhutang dengan orang lain yek?? huk3 kawan2 aku sumenye baik2 belaka, suka pinjamkan aku duit dorg, sampai beratus-ratus dorang bagi pinjam huk3 T_T merekalah ceti paling haram halal yang aku kenali hahaha!! :DD kena kumpul duit nih, nak harap PTPTipu PTPTN tu memang dah xde harapan!! :P

financial calculator?? aduyaii kenapalah mende alah tu ade.. kan dah kena beli hoho~ orang lain kata untuk kemudahan time jawab exam nanti.. dibuatnye hilang ingatan nak ingat formula sape susah?? O_O haha tapi kenapa mahal??? x boleh ke kementerian pendidikan belanja setiap student 1 kalkulator tu?? boleh la dorang rangka finance masing2, kan senang.. haha!! :DD x pun kan, belanja bagi buku2 free, kan sedekah?? haha! :PP

ok itu aje bebelanku, kesian korang kena baca huhu~ :P 

LIKE KALAU SUKA.

Tahniah skuad bola sepak Malaysia!

ok2 ni gambar lama, aku xtau ahlinya sape or banyak mane, so sekadar hiasan je la kot haha!


biasenye aku x amik kisah sangat dengan liga bola sepak negara kita nih huk3~ bukan nak kata aku x supportive, cuma aku lagi suka layan FIFA World Cup la, lagi banyak saingan dan pilihan hehe~

tapi kali ni aku ikut la gak update untuk perlawanan Malaysia dengan Indonesia nih, sebab tahu pasal match dulu 5-1 tu adehhh~ lagi2 tadi aku on the way balik umah tengah2 drive tu nampak kat highway sebelah nih banyak kereta dan motor konvoi ramai2 pakai baju belang2 hitam kuning bawak bendera Malaysia.. wahhh patriotik ke semangat kebolaan ke aku x tau la hehe.. then ade aku ternampak satu krete satria nih, bawak bendera Malaysia, ok biase la tu.. then tengok driver, hahaha siap pakai macam satu sut pakaian harimau malaya tuh haha! comel, kira supportive la gak en hehe~

so, tahniah kepada skuad bola sepak Malaysia, berjaya jaringkan gol 3-0 tadi, keep up the good work k on 29th nanti.. kalau x nanti kena ganyang lagi huhuhu susahh wooo~ k chaiyok2!! aja2 hwaiting!! eh2 silap bahasa :PP TERUSKAN USAHA!!! :D

LIKE KALAU SUKA.

new love found at the Mines!! :D

Assalamualaikum!!

OH JANGAN TUDUH AKU CURANG!!



huhu dah terlampau lama aku x update blog nih huhuhu~ T_T bukan ape, dah mula sem baru nih dah xsempat lagi nak update entri baru.. idea tu ade, tapi bila dah balik umah, bukak lappy, bukak blogger.com, klik new post, then sampai kat title....................... 'alamak, nak tulis ape ek???' hahaha!! ilham yang datang mencurah2 tu dah hilang dah semangatnya huhu~ bak kata encik Ben, kena idea tu datang terus tulis kat entri, baru rancak nak buat entri baru, then barulah dapat sambutan dari readers or followers en?? ;DD oh ye, maap yek follower2 aku sekalian, aku sayang korang hehe trimas sudi follow blog yang x seberapa nih heee~

ok2 aku excited sebenarnye :D dapat new love laaa~ hee oh2 jangan tuduh aku curang ek?!! ape2 pun yang first love tetap di hati ececehhh~ :DDD ok, perkenalkan, new love aku, EVE!! (nama yang aku nak bagi at si dia hehe~)



jajanggg~ :DD new Sony Ericsson W20 ;DD


hehehe~ korang ingatkan sape ek?? oh xde ek?? ok2 move onnnn~ :DD hehe.. yup, Alhamdulillah ade rezeki, aku dapat gak henfon baru.. terima kasih untuk abah and mak ngah aku, tercapai gak hajat aku hehe~ sebenarnye aku nak yang ni, Sony Ericsson Spiro, lagi2 yang warna pink tu, ahhhh cute!!!


Sony Ericsson Spiro

but then aku nampak yang W20 tu, alamak lagi vogue plak, lagi2 warna merah tu, ahhh!! dah jadi gila jap (*_*) aku nih memang gila gadget, so silalah layan kegilaan aku jap yek huuu~ so aku berfikir, what the heck, beli je la W20 tu, lagi cantik, besar, skrin pun lagi besar+lebar, senang kata puas la guna! SE W20 ni antara yang latest dari Sony Ericsson, tapi aku beli dapat RM430 jek, sekali dengan free 2GB memory card, so agak berbaloi la.. aku beli kat expo electric n electronic kat the Mines, promotion tengah menggila sekarang, sume barang jual kat sane murah2, so baik pergi sane cepat ye, sampai ahad nih jek (26 December 2010) ;DD

jadi impian aku nak mintak iphone kat abah aku kenalah ditangguh dulu hik3~ xpe2 nak tunggu iphone or blackberry yang terbaru, lagi la syok nak mintak en huhu eh2 x mintak kot, nak beli sendiri je la, aku en anak yang baik hahaha!! :PP

tapi ape2 pun, aku tetap sayangkan henfon lama aku, Sony Ericsson k660i tu, the first handphone yang aku beli sendiri and hak mutlak aku hehe sebelum nih asyik dapat secondhand jek, diturunkan daripada owner lama gitu la.. hee~ sebab tu la aku xnak jual atau bagi fon ijau aku nih kat orang lain, aku nak simpan dan guna sampailah ia dah betul2 rosak hee first love la katekan hik3~ :DD


Sony Ericsson k660i





kalau nak tengok colour henfon w20 yang lain, mane la tahu korang nak consider gak ke en.. puas la jugak aku guna (padahal baru guna 1 hari! hehe~)

screen yang besar dan lebar, audio quality yang best, application pun yang terkini macam ade software facebook, twitter dan lain2, keypad pun senang nak tekan; orang yang berjari gelas atau cawan pn senang nak tekan hehe, saiz yang ideal; maksudnya sedap la nak pegang, x kecik sangat, x besar sangat gak, dan lastly ia slide punya style haha! :DD

macam kat gambar atas tu, ade warna pink, silver, dan hitam.. tapi aku punye warna nebula red, nampak lagi vogue hehe~ yang 3 warna atas tu covernye macam plastik ala-ala gitu, macam yang x berapa licin tu punye.. but the colour is nice, lagi2 yang silver tu, cantik.. kalau nebula red ni cover nye lain sikit, memang licin berkilat punye tu, macam special edition la plak haha! :PP tapi kenalah pandai jaga, kalau calar2 sikit tu memang haru la dibuatnye huhuhu T_T

ok la guys, mau choww dulu hee until next post, tata titi tutu~ :DD



LIKE KALAU SUKA.

oh my baby~

Assalamualaikum!

hehe mahu minta budi baik jasa readers sekalian yang disayangi ngeee~ :DD aku ada sorang anak buah nih, bukan Maryam si Kenet yek teheee~ :) kali ni nephew Dhani plak ;))


mama nephew aku nih ade masukkan anak dia join contest daripada Gap ni ;)) khas untuk babies la, memang comel2 sume hehe rasa nak cubit jek pipi sekor2 sorang2 hehe ;DD hadiah untuk contest nih, boleh buat photoshoot untuk baby yang menang hehe ;DD serius wehh anak buah aku nih memang fotogenik, senang nak senyum, ASALKAN botol susu dia ada teheee~ :D


oryte2, bagaimana mahu vote?? sila ikut steps di bawah :

Step 1: Go to www.facebook.com/gapmalaysia kalau belum 'like' FB Gap nih sila 'like' dulu ;)

Step 2: Go to tab 'Casting Call' then click "Malaysia"

Step 3: Browse for Muhammad Dhani Darwisy bin Mohd Anzaad

Step 4: Click his photo and click VOTE


mahu sneak peek gambar nephew aku nih?? teheee~ kalau korang tengok nih mesti geram jugak tau, x tipuuu~ ^_^





OMG~ who can't resist that smile, right??!! :DD ape lagi, silalah vote k ;)) sikit jek amek masa dan tenaga untuk klik jek ngeee~ :DDD

LIKE KALAU SUKA.

antara kekayaan, kejayaan, dan kasih sayang

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk di halaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya,

"Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada di rumah?" mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk ke arah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang." Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah.

"Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata.
"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju.
"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya."Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan, "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu di luar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya. Dimana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"



LIKE KALAU SUKA.

beruslah gigi anda :D

aku still frust lagi dengan result exam aku.. aku nak rawat hati yang berduka lara ini hehe ecehh~ ;PP so aku pun tengok la lagi video kawan adek aku buat ni..pergi kat Fesbuk dia atau Youtube KyoPropaganda je kalau mahu tengok video dia yang lain hehe ;PP  memang lawak dan gerenti x kering gusi korang gelakkan dorang nih.. Selamba dan Sporting! DOUBLE S! :DD

pada pendapat peribadi aku sendiri la, si nabil nih (Raja Lawak musim ke-10 nanti ;DD) memang pandai bab-bab edit video ni, lain daripada budak2 lain yang edit.. kalau la dia jadi director untuk filem lawak ke, aku rasa boleh sampai la ke peringkat antarabangsa haha tapi kena bermoral la yek ;))




lagi-lagi time Chulat Skywalker main sebut special skill dia tuh ;DD terbaikk!

LIKE KALAU SUKA.

aku gagal! tapi aku tak menyesal, keranamu fatin...

balik rumah, aku terus masuk bilik, bukak laptop, tunggu depan lappy nih untuk loading result aku nih.. adoiii rasa berdebar-debar jantung nih, dan x bersedia pulak tu T_T

PING! *side effect tambahan*

result pun dah kluar.............


Ya Allah, sesungguhnya Engkau hanya mahu mengujiku, memberi pengajaran kepadaku tentang masa yang aku sudah habiskan untuk perkara-perkara selain daripada menimba ilmuMu ;(((

Ya, aku gagal dalam salah satu subjek untuk kursus perakaunan.. aku tahu, tak gunanya menyesal sekarang, yang berlaku tetap berlaku, yang dah lepas tetap dah lepas... tapi, aku terus teringat pada hari aku perlu ambil exam subjek ni hari tu... bukan berniat untuk merungut, tapi aku tahu ada hikmahnya di sebalik kegagalan aku dalam subjek ini...

.......................................................................................................................................


hari tu aku ada dua exam, pagi dan petang.. pada paginya, aku ambil paper elektif dari bidang business administration.. boleh ke x aku jawabnya, boleh la jugak.. memang target boleh jawabnya, dan Alhamdulillah aku boleh lakukannya.. then aku pergi balik mahallah Nusaibah dengan fatin, rancangnya nak review balik untuk paper tengah hari tu...

baru keluar dewan periksa tu fatin dapat call daripada sepupunya, bertanya pasal ayah fatin.. fatin terpinga-pinga sebab xde orang bagitahu dia pun ape-ape pasal ayah dia.. then dah nak sampai tangga, fatin dapat call dari adik dia, menangis-nangis teresak-esak sampaikan fatin x faham ntah ape la yang adik dia tengah cakap tu.. makcik dia plak yang cakapkn yang ayah fatin tengah sakit, masuk ICU.. katanye sesak nafas.. fatin dah risau, cuak, jantung pun berdebar-debar.. aku tahu, dia dah rasa lain macam je tika tu, tapi aku nasihatkan agar berdoa la yang xde ape2 kot yang terjadi, mungkin darah tinggi ayah ko serang lagi je kot..

lepas tu, tengah termengah-mengah naik tangga setinggi Batu Caves untuk ke mahallah tu (hehe lebih kurang je, tapi semput gak ;PP) dah sampai kat puncak, fatin dapat call dari mak dia.. fatin terus menangis sambil berkata, "abah dah tak de,mak?"

aku pun terkejut, x terkata untuk bagi semangat kepada fatin ke nak tenangkan fatin ke.. aku just peluk dia, dia nangis terus.. aku suruh dia naik bilik, then aku pergi belikan makanan untuk dia.. tika itu, aku dah x lapar, x de mood, memang rasa kosong.. semangat nak duduki paper tengah hari tu yang akan berlangsung lagi 2 jam lagi tu pun aku dah xde semangat.. aku hanya fikirkan tentang kawan aku tu aje, terfikirkn ape yang akan terjadi kepada keluarga dia, adik-beradik dia yang masih kecil-kecil lagi..

aku naik bilik fatin.. kawan-kawan aku yang lain semuanya ada juga di situ.. fatin duduk mengerekot, menagis teresak-esak fikirkan yang ayah dia sudah tiada lagi.. amat sedih, padahal paper yang kitorang akan ambil bersama tengah hari tu nanti adalah paper yang terakhir, dan esoknya fatin akan pulang ke Kelantan.. dia ade cakap, dah nak abes exam dah, nak balik dah, tapi abah dah xde.... sayunya hati kami semua, masing2 pun menangis tengok keadaan dia macam tu...

tanpa berlengah lagi, kitorang tolong fatin setakat mana yang mampu.. kitorang tolong tanyekan madam macam mana prosedur kalau fatin nak repeat paper tu, tiket bas ade lagi ke x untuk balik petang ni, nak naik bas ke flight je terus, even nak kemas barang fatin pun kitorang yang uruskan semuanya.. semuanya kitorang manage untuk siapkan dalam masa 2 jam...

sayu aku nak pergi dewan peperiksaan, tapi aku perlu gagahkan diri juga untuk pergi.. berbekalkan doa, aku pergi ke dewan peperiksaan dengan harapan agar aku boleh jawab paper tu, dan agar fatin diberikan kekuatan yang even kitorang pun xkan dapat hadapinya.. sepanjang dalam dewan, aku tumpukan perhatian untuk jawab soalan2 yang diberikan, cuba juga untuk jawab walaupun aku memang xtau jawapan apa untuk diberi huhu.. akhirnya, aku hanya mampu tawakal..

.....................................................................................................................................

result dah kluar, dan aku tetap redha.. apa yang aku dapat sekarang, aku kena terima.. ada hikmahnya di sebalik kejadian yang berlaku, aku tahu ada hikmahnya kenapa ayah fatin pergi pada hari itu, cuma ia tidak berlaku lagi atau aku tidak nampak lagi.. result aku tu, aku x ambil kisah sangat, kerana aku tahu aku boleh buat lagi baik dalam sem akan datang nanti.. mungkin akan datang, aku boleh dapat result yang lagi gempak! dan yang paling penting bagi aku, kena tolong mereka yang lagi memerlukan.. fatin adalah kawan aku, dan aku ikhlas berkawan dengannya...

AlFatihah dikirimkan untuk arwah pakcik Wan Muhd Nasir...

LIKE KALAU SUKA.

Pendekar seabad 6???

haha baek punya ayat! ;DD

aku tengah check kat referral aku, kat stats dashboard tu en.. macam biase aje la, aku punye referral sites banyaknye dari blog abg ben ashaari, ayunar, dan google jek hehe.. blog aku biase2 jek, so memang patut pun la weee~ tengok kat search keywords la plak.. aik??




cuti-cuti cinta tu ok la, sebab aku ada buat entri pasal movie ciplak tu hehe sila refer kat entri hangat aku tu yek hee~ sungkyunkwan scandal, biase je kot? sebab aku ada letak pasal JYJ cakap melayu kat entri sebelum ni (ini punya hal hanya budak gila korea je yang tau ;DD) then ntah dari mana la term pendekar seabad 6 ni datang, aku pun tarak tahu maa~ ke ni nama movie ke ape2 ke yang aku ketinggalan???



LIKE KALAU SUKA.

[MOVIE] Rapunzel + Family and frenz day out!

5 STAR!


hehe aku sukeee sangat2 movie ni, aku suke tengok Flyn a.k.a Eugene hehe hensem kowtt~ ^_^ and the chameleon, sangat2 comel, i want that too! ;DD memang ringankan kepala otak aku yang tengah serabut+biol nak tunggu result exam nih huk3 T_T tengok in 3D, ok la kot, tengok dalam 2D pun ok jek ;)) puas aku gelak tadi haha macam wayang tuh aku dok sorang je kot wa3~ ;PPP

tengok kat Wangsa Walk jek, malas nak pergi jauh2, lagi2 hari ahad en huhu~ lepas tengok wayang, pergi melantak makan sushi pulak kat Jusco AU2 hehe ;)) makan pun berborak2 sambil gelak2 hehe naseb x tersembur makanan haha senonoh la sikit nana oiii~ ;PP ape2 pun, i love my family and frenz the most! :DDD


hee dengan yanyan jugak ;DD


zetty and aina ;)


kak huda, mak ndak n obee



main chopstick plak, padahal budak kiri bertudung itam tuh xreti nak guna chopstick haha! ;DDD and i looveee this pic the MOST haha ;DD



LIKE KALAU SUKA.

Maksud sebenar Open Relationship

Sumber : Apakah maksud sebenar Open Relationship?


Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?


Dipetik daripada wikipedia:

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

yang bermaksud...

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Harap Maklum semua.
LIKE KALAU SUKA.

Change your thinking

Two men, both seriously ill, occupied the same hospital room. One man was allowed to sit up in his bed for an hour each afternoon to help drain the fluid from his lungs. His bed was next to the room's only window. The other man had to spend all his time flat on his back. The men talked for hours on end. They spoke of their wives and families, their homes, their jobs, their involvement in the military service, where they had been on vacation.

Every afternoon, when the man in the bed by the window could sit up, he would pass the time by describing to his roommate all the things he could see outside the window. The man in the other bed began to live for those one hour periods where his world would be broadened and enlivened by all the activity and color of the world outside. The window overlooked a park with a lovely lake. Ducks and swans played on the water while children sailed their model boats.Young lovers walked arm in arm amidst flowers of every color and a fineview of the city skyline could be seen in the distance. As the man by the window described all this in exquisite details, the man on the other side of the room would close his eyes and imagine this picturesque scene.

One warm afternoon, the man by the window described a parade passing by. Although the other man could not hear the band - he could see it in his mind's eye as the gentleman by the window portrayed it with descriptive words.

Days, weeks and months passed.

One morning, the day nurse arrived to bring water for their baths only to find the lifeless body of the man by the window, who had died peacefully in his sleep. She was saddened and called the hospital attendants to take the body away.

As soon as it seemed appropriate, the other man asked if he could be moved next to the window. The nurse was happy to make the switch, and after making sure he was comfortable, she left him alone. Slowly, painfully, he propped himself up on one elbow to take his first look at the real world outside. He strained to slowly turn to look out the window besides the bed.

It faced a blank wall.

The man asked the nurse what could have compelled his deceased roommate who had described such wonderful things outside this window. The nurse responded that the man was blind and could not even see the wall. She said, 'Perhaps he just wanted to encourage you.'

Epilogue:
There is tremendous happiness in making others happy, despite our own situations. Shared grief is half the sorrow, but happiness when shared, is doubled. If you want to feel rich, just count all the things you have that
money can't buy.

Today is a Gift Pictures, Images and Photos

'Yesterday is a history, Tomorrow is a mystery, but Today is a gift, that is why it is called The Present.'

LIKE KALAU SUKA.

[BOOK] Half the Sky

Salam and greetings my dearest readers, friends, and followers ;)) apa khabar ye semua? hehe harapnya sihat2 belaka, musim hujan sekarang nih x menentu.. silalah minum air masak yang bersih sebanyak-banyaknya, tapi jangan sampai perut kembung yek haha~ ;))

okeh to all book loverzzz~ (ada x?? hehe~) nak promote satu buku nih, very interesting and mind opening.. tajuknya Half the Sky, ditulis oleh sepasang suami isteri, Nicholas D. Kristof dan Sheryl WuDunn ;)) sekarang aku tengah berusaha nak habiskan baca buku nih.. kena baca perlahan-lahan, hayati ayat satu-satu haha alasan! ;PP

buku nih one of the top selling in the world, and rasanya kalau korang xtau lagi pasal buku nih, better korang pergi beli dan baca! at least pinjam kat sape-sape yang ada.. kenapa? cerita dalam buku nih memang membuka mata tentang apa yang sedang berlaku pada dunia yang kita x sedari sebenarnya.. aku ada pernah buat entri pasal perkara ni, silalah rujuk di entri Jangan ambil mudah pada dunia sekarang :)



ok, pedulikan muka budak nerd semacam nih, tengok buku tuh jek hehe :P

'turning oppression into opportunity for women worldwide'.. mengisahkan tentang realiti yang kaum wanita hadapi pada zaman sekarang ni yang kita tidak nampak atau tidak pernah sedari.. buku ni mendedahkan mengenai human or sex trafficking yang kerap berlaku pada negara-negara dunia ketiga, yakni 'economically underdeveloped', dari segi ekonomi, negara-negara ini memang x berapa berkembang lagi.. negara-negara ini dianggap sebagai satu entiti yang mempunyai pelbagai persamaan seperti kadar kemiskinan dan kelahiran yang tinggi, dan bergantung kepada negara yang maju dari segi ekonomi.. jadi, memang senang bagi golongan yang x bertanggungjawab ni nak dagangkan manusia atau seks kepada 'pelanggan' mereka, x kira la domestik atau luar negara, sebab negara-negara ni x berapa kukuh lagi untuk tegarkan negara sendiri..

hasil tulisan dalam buku ni memang membuka mata aku tentang dunia luar yang kita x dapat nak bayangkan, apatah lagi bila buka je buku ni, dalam bahagian introduction nye pun dah terang-terang cerita pasal human and sex rafficking yang berlaku dalam Malaysia!! ya, baru intro! adehh panas jek muka aku baca woo, awal-awal lagi dah cakap pasal dagangkan wanita Kemboja ke dalam Malaysia.. dalam buku, ada diceritakan yang seorng remaja Kemboja ni, cuba nak larikan diri dari rumah pelacur tu.. jadi dia pergilah ke balai polis.. boleh la pulakk anggota polis tu tahan dia atas dakwaan yang remaja tu 'illegal immigrant', lepas tu pergi jual remaja tu kat Thailand.. ish3~

banyak lagi cerita yang boleh kita ambil iktibar dari buku ini.. x rugi pun kalau beli, boleh sampaikan mesej ni kepada orang lain.. kena berjaga-jaga, pemerdagangan manusia ni bukan sahaja berlaku pada wanita, kadang-kadang lelaki pun kena juga.. biasanya dorang ambil lelaki untuk dibuat jadi macam hamba untuk uruskan rumah pelacur tu.. dan wanita, tentulah untuk aktiviti yang x sihat tu huhu T_T sayu sangat aku baca buku ni.. memang membuka minda.. jangan ambil ringan pada mesej yang aku nak sampaikan ni.. kita tengok sekarang mungkin x nampak lagi apa natijahnya kerana ia x berlaku dalam negara kita secara menyeluruh lagi.. kalau korang dapat pergi ke negara-negara ni, mesti x dapat nak percaya apa yang berlaku depan mata kita tu jugak nanti..


oke lah, lebih baik korang baca sendiri, takut la plak aku tersalah bagi info ke hehe ;)) kat bawah ni ada video, pasal the Girl Effect.. menarik kan term tu?? ;DD hehe oryte, tengok tau! kejap je, simple and meaningful mesejnya :)




ini yang kedua pulak ;) lagi best~



thank you for your time, guys :) if only it was so simple to fix this world, right? ;(


LIKE KALAU SUKA.

maryam's crying+laughing ;D

salam to all my readers ;)) and good day ;DD hope that u all are in good shape and beneath the blessings of Allah ;))


hehe i just wanna share this one of my favourite home videos ever ;DD this is maryam, my beloved niece, for now haha! she's actually crying, because she was sleepy and irritated.. but she held her eyes and trying not to sleep.. to cheer her up, my little sister, zetty a.k.a maryam's mak su, is trying to tease her and make this kinda pigeon-like-voice to her ;DD hehe but in the end, she's actually laughing and crying, both at the same time in this video ;DD i've already uploaded this video on my facebook, but some of my blog readers are not in my facebook friend's list (really?? usually my friends are my regular readers hehe~) well, enjoy the cutenesssss overload!! :DDD


for better viewing, play it in HD ;)) you know how to do it ;))

LIKE KALAU SUKA.

Bas Khas Wanita

Assalamualaikum :)

wahh aku respect jugalah RapidKL nak perkenalkan alternatif baru ni untuk kaum wanita.. sama je konsep macam tren KTM, di mana aku x pernah naik lagi hehe tapi ikutkan pemerhatian aku semua orang macam puas hati dengan konsep tu..



bila terbaca artikel ni, aku terus teringat kat negara Iran, dorang siap sediakan teksi khas untuk wanita lagi.. teksinya dorang catkan warna hijau, supaya senang penumpang wanita nak tahu teksi tu memang khusus untuk wanita sahaja.. nak lagi best, pemandu teksinya pun WANITA juga ;)) so, aku suka sangat konsep macam tu, rasa lagi selesa la nak guna public transport ni ;))



KUALA LUMPUR: Bas untuk wanita diperkenalkan oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) untuk memberi keselesaan dan memastikan keselamatan golongan itu sepanjang perjalanan ke destinasi masing-masing.


Ketua Pegawai Operasi Bas RapidKL, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, berkata Rapid Bas Wanita itu diperkenalkan selepas kerap menerima aduan daripada pengguna terutama wanita yang terpaksa berhimpit dan terdedah dengan gangguan seksual. “Tempoh percubaan perkhidmatan ini dilaksanakan sebulan bermula semalam dengan melalui tujuh laluan utama pengguna. Dua bas tambahan disediakan masing-masing bagi perkhidmatan pagi bermula 6.45 pagi dan 7.30 pagi serta sebelah petang pada 6 petang dan 6.45 petang setiap hari. “Perkhidmatan pagi membabitkan laluan U1 iaitu Hab Pinggiran Batu Caves; U8 (Hab Damansara Damai); U22 (Hab Sri Nilam); U40 (Hab Terminal Kajang); U60 (Hab Puchong Utama); U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81 (Hab Subang Suria).


“Pada petang, bas akan melalui U1 (Hab Medan Pasar); U8 (Hab Medan Pasar); U22 (Hab Jalan Hang Lekiu); U40 (Hab Pasar Seni); U60 (Hab Pasar Seni); U80 (Hab Pasar Seni) dan U81 (Hab Pasar Seni),” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.


Katanya, penanda khas diletakkan di cermin depan, tingkap, pintu bas dan skrin elektronik bas bagi membezakan bas khas terbabit dengan bas RapidKL biasa.


“Walaupun bas berkenaan dikhususkan untuk wanita, kanak-kanak lelaki berumur bawah 12 tahun dibenarkan menaiki pengangkutan itu dengan ditemani wanita. Sepanjang tempoh percubaan ini, RapidKL akan melakukan tinjauan kepuasan pengguna bagi meningkatkan perkhidmatan ini pada masa depan.

“Maklumat lanjut hubungi talian bantuan RapidKL di 03-78852585 atau emel suggest@rapidkl.com.my atau twitter di MYrapidKL atau layari www.rapidkl.com.my,” katanya.
 


LIKE KALAU SUKA.

Happy Birthday Tyra~ :)

ohhh tyra!!



hehe oopsss! bukan Tyra Banks kayyy~ ;PP but i still like her, she's so sporting and nice and funny~ ;DD



hehe disebabkan aku xde gambar kawan baik aku nih, nak cilok kat fesbuk dia pun dia x letak pun gambar dia hehe jangan main-main wooo~ muslimah sejati nih hehe~ aku biase2 jek hehehe~ ;PP so aku scan je la gambar lama kitorang time Hari Graduasi darjah 6 SRI AL-HUDA sesi 2002 dulu hehe ;DDD adehh muka aku memang x matured kot time nih hehe memang la, kanak-kanak ribena dulu kot!! ;PP


hehe so, on this date, 2nd of December 2010, dah berumur 20 tahun kawan aku nih (hehe kantoiii~) i wanna wish my friend, a very good one, Athirah Muzani binti Ismail Muzani, a blissful and prosperous birthday ;)) may Allah showers His blessings upon you and may happiness follows in many years to come ;)) i love you bebeh!! hehe~

saje je nak wish lambat.. memang ingat woo birthday you, tapi saje mahu wish lambat-lambat, so that you will remember this hehe ;DD i love you till the end, my dearest friend~ ^_^

LIKE KALAU SUKA.

Aku Blogger.. So What???


hee disebabkan aku tengah free sekarang, xde ape benda mahu buat, so aku join je la segmen baru Ben Ashaari buat ni ;)) huihh sape la yang x kenal jejaka idaman Malaya ni? hee sory abg Fahrin Ahmad, anda pun ok je sebenarnye hehehe ;DD ok2 segmen kali ni agak menarik, ade beberapa perkara yang Ben suruh nyatakan dalam entri kali ini ;)


LATARBELAKANG BLOGGER

nama:            Nurul Hana
umur:            20+ (aishh kantoii ;PP )
pendidikan :  SRI AL-HUDA (1997 - 2002), SAMER (2003 - 2007), UIAM (2008 - SEKARANG)
pekerjaan :    masih belajar lagi... ;))
lokasi :          Gombak, Selangor



Apa pendapat anda mengenai dunia blog ?

 - pada pendapat saya, terdapat pelbagai kemudahan dan kelebihan yang boleh diperolehi daripada blogging ni.. bukan sahaja untuk paparkan dan ceritakan tentang rutin harian masing-masing.. macam-macam juga yang blogger boleh buat.. seperti kongsi isu-isu terkini, tak pun kongsi isu-isu terdahulu tapi bangkitkan semula supaya dapat luahkan dan bertukar-tukar pendapat antara blogger lain juga.. boleh juga kongsi tips-tips dan tutorial tentang apa-apa je perkara yang boleh dan senang diajar dalam blog ;)) dunia blog ni tiada batasannya, bak kata orang puteh, it has no boundaries ;)) network tu luas, macam-macam orang kita boleh kenal dan tahu ;)) oleh itu, pemikiran kita pun boleh jadi matang juga, terima apa yang blogger lain usulkan dalam blog mereka ;))


Sepanjang anda menjadi blogger , apakah perkara positif dan negatif yang pernah anda alami ?

 - saya jadi blogger pun baru jek setahun jagung hehe so nak kata perkara positif dan negatif tu x banyak la pun.. sekadar blogger atau reader lain cakap 'blog awak best la cute la nice la' tu ada la jugak.. memang jadi pembakar semangat juga untuk terus berblog ;)) walaupun kadang-kadang tu rasa nak berhenti berblog hee~ kalau saya cakap tak ada pun reaksi yang negatif, erkk... ye kot?? hehe bukan nak kata yang blog saya ni terbaik atau sempurna, mungkin sebab saya x dapat banyak sangat feedback atau maklum balas daripada blogger lain..?? hehe atau mungkin tajuk entri-entri saya sebelum nih tak berapa memberangsangkan pembaca kot wa3 xpe2 akan dipertingkatkan mutu entri lepas ni huhu~ x pun dorang tu silent reader, dan dorang luahkan pendapat sendiri kat blog sendiri, mana la tahu en ;)) kadang-kadang ada reaksi negatif pun ok gak, untuk membangunkan diri sendiri juga, nobody's perfect, right? ;))



◦Apakah blog ini hanya untuk mencari nama / glamour ?

 - blog ni pada asalnya nak dijadikan macam kononnya diari seharian la, apa yang saya dah buat dalam sehari tu, apa pengajaran atau perasaan yang saya alami hari tu.. sebab nak pahatkan dalam blog supaya satu hari nanti bila saya baca balik blog ni, akan tertimbul semula perasaan tu tika saya taip dalam entri tu ;)) untuk glamour, ohh tidakk.. ;)) x layak nak glamour-glamour nih, saya bukan artis atau selebriti ;)) sekadar untuk sampaikan pengajaran atau informasi yang berguna untuk readers saya pun dah cukup untuk saya ;)) kena tetapkan niat begitu, barulah matlamat tercapai ;)))



◦Banggakah anda menjadi seorang blogger ?

 - amat berbangga ;)) kerana saya kejar objektif saya sendiri, nak pahatkan memori yang bermakna dalam blog ni.. sekurang-kurangnya ada la juga yang sudi baca dan mungkin ada juga yang rasakan yang sama macam saya juga, you'll never know, right? ;)) yang penting, perlu ikhlas dan tetapkan niat ;)))


 p/s: saya bukan sempurna, cuma nak usulkan pendapat ;)) terima kasih abg Ben ;))


LIKE KALAU SUKA.

perihal Hawa ;)

Sumber : Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam (a.s) saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...



LIKE KALAU SUKA.

(16SX) gebu + montoknyeee~

aikk?? masuk jugak?? ok, tanggung risiko sendiri yek huhu~



wahh cantik la, cun gile! peluk pun sedapp nih, serius! ;DD haha montok pun ye, huishh dapat pegang je pun jadi laa! ;PP sexy-mexy, aku pun nak satu gak! ;PP











hahaha montok gile en??!! ;DD comel-lote, cantik, kiut-miut sume, geram aku tengok! ;DD

LIKE KALAU SUKA.
Related Posts with Thumbnails