AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??



segmen ben ashaari kali ni agak mantop. lagipun dah lama aku tak join segmen dia T_T kali ni kena ceritakan mengenai kematian yang menginsafkan penulis or blogger. emm aku belum pernah diuji oleh Tuhan berkenaan menghadapi kematian atau kehilangan orang yang tersayang lagi, selain daripada arwah nenek aku dan seorang kawan baik aku. nak cerita, takut mengaibkan arwah. biarlah aku ceritakan kisah yang lain, tapi boleh beri pengajaran agar mengingatkan kita kepada kematian :) menginsafkan gak tu :) tapi jangan letak high expectations, agak merepek la aku bercerita heee~


aku kenal dia ni dah hampir 3 tahun. aku respect dia kerana pemikiran dia yang matang menyedarkan aku yang dunia ini bukanlah seindah yang disangka. dalam senyumannya itu, aku boleh nampak betapa redupnya pandangan matanya tiap kali pandangan kami bertaut. tenang, tapi sunyi. seolah-olah ada suara yang memberontak pinta dikeluarkan dari kurungan yang merimaskan.


susah nak kenali dia ni, sebab dia perahsia orangnya. dia kena betul-betul percayakan seseorang tu baru dia boleh bukak cerita tentang kehidupan lampaunya. keluarga dia bukan orang berada, asal dari kampung. mak dan ayah dia pula bukan dari golongan yang mampu diterima masyarakat, biarlah rahsia tidak beritahu kenapa. setiap hari dia bertarung dengan keganasan domestik, yakni deraan dalam keluarga. abang dia seorang kaki pukul. ada aje yang tak kena di mata abangnya. mak dan ayahnya juga dipukul, sekali naik suara, pasti libasan tali pinggang yang dibalas. sejak kecil, dia dididik bahawa dunia ini kejam padanya. tak sekalipun dalam hidupnya dia berasakan gembira. titik peluhnya pun tidak dihargai.


aku selalu berfikir, apakah yang membuatkan dia terus bersabar dengan dugaan dan ujian dunia yang Tuhan berikan kepadanya? aku pasti sangat, dengan keluarga yang terumbang-ambing, tidak diterima masyarakat, ditindas, diherdik sebagai anak orang gila, bagaimana dia hadapi semua itu?? senang sahaja jawapan dia.

KEMATIAN.

setiap masa dia beringat bahawa kematian akan menghampiri dia. dia selalu berharap agar satu hari nanti Tuhan akan ambil nyawanya agar dia tak perlu hadapi masyarakat kita yang hanya indah dari rupa, talam dua muka, penuh dengan kepura-puraan. pengalaman yang mengajar dia bahawa status dia dalam masyarakat takkan pernah lupus dek masa. tak kusangka bahawa masih ada manusia sebegini. namun, dia berkata dengan mengingati mati, dia dapat berfikir dengan waras. dia dapat terus bangun dan berazam untuk lakukan yang terbaik dalam hidupnya meskipun ditindas oleh masyarakat. seperti sabda Muhammad s.a.w juga, ingatilah kematian, kerna dengan itu kamu antara orang yang paling bijaksana. memang benar. dia mampu berfikir luar dari kotak, membawa kepada kejayaan dia sekarang sebagai seorang usahawan yang membangun :)


memang aku respect dia, ikhlas dari hati aku yang dia telah membuka mata aku tentang dunia dari perspektif yang berbeza :)


ok till next post, tata! :D

LIKE KALAU SUKA.

1 comment:

  1. dah baca kisah awak..
    baca kisah saya pulak ok~

    jom follow2 jugak!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails