Assalamualaikum! :)
selama aku berblog dah hampir 2 tahun (blogger yang separuh aktif yek), aku dok perhatikan je kerenah-kerenah blogger yang ada kat malaysia nih.
rata-rata yang aku nampak, ada yang cepat femes macam ben ashaari, fatin liyana, elia awek gol keeper malaysia, hanis zalikha, and so on. ada jugak yang dah lama berblog tapi baru sekarang jadi fofular, macam ariffshah (yeke?). tak kurang jugak yang dah lama berblog tapi tak femes-femes, macam aku tehee~ :P kan dah kata, separuh aktif jek :P
and aku nampak ada satu element yang buat aku terfikir-fikir sampai sekarang. aku ada bahagikan kepada dua kategori (aku suka peta minda). blog lelaki dan blog wanita. dan faktor pendorong, pictures,yang bermaksud gambar :P
aku tengok blog lelaki kalau tak letak banyak-banyak gambar diri sendiri pun boleh jadi femes. contoh terbaik aku boleh amek, bro theotherkhairul. pada pendapat aku, entri-entri dia semuanya jujur, berdasarkan pengalaman dia, atau pendapat dia je. yang aku nampak jugak, xpernah pun dia letak gambar muka dia kat blog, tapi disebabkan entri dia yang menarik, ramai yang suka baca. aku respect dia nih, kalau sekali tegur, memang kena direct dan dia tujukan kepada umum, bukan nak condemn sorang-sorang blogger yang macam sesetengah blogger buat.
ok move on. then aku tengok blog perempuan, memang tak sah kalau tak letak gambar muka sendiri dalam blog. maksud aku dalam entri la. dah kata personal blog en, of course nak cakap pasal daily routines or event yang happened. yang aku rasa aku tak pernah nampak adalah ada ke blogger wanita yang tak banyak letak gambar diri sendiri dan yang femes atau dikenali? ada tu ada, tapi tak seramai seperti blogger lelaki. aku hengat nak la jugak jadi macam tu, tapi entah la, belum sampai masanya lagi kot teheee~ segan woo nak letak gambar muka sendiri dah, dibuatnya ada stalker hendap-hendap gambar aku haha! :P
okeh bab mekap plak. aku ada baca entri bro khairul, cakap pasal mekap dan wanita. betapa sakitnya mata tengok wanita yang pakai mekap tebal-tebal. aku akui, aku pun sakit mata tengok wanita yang mekap tebal-tebal. kalau tengok artis-artis yang mekap tebal tu, nampak cantik kan? haha bab tu kena tipu la beb. tau kan ada adobe photoshop?? kebanyakan gambar-gambar yang kita tengok kat iklan la tv sume tu, dah di-edit oleh professional. macam mana nak advertise and market cosmetic products kalau kulit model tak licin, betul x? (dah masuk bab market :P) sebab tu bila aku tengok iklan-iklan cosmetic sume tu aku rasa kena ejek woo, rasa ditipu ngahaha~ sebab kulit aku nih super sensitive, nak tempek bedak pn tak boleh, nanti kulit naik merah-merah and irritated.
bila fikir-fikirkan balik, bagus jugak dikurniakan kulit yang orang kata macam kulit orang sakit, tempek-tempek sikit terus sakit hehe~ xdela aku risau nak beli cosmetic product itu la ini la. tak de la bazir duit aku. yes people said it is up to us la nak pakai mekap ke tak, xdela nampak kulit tak bermaya kan. well darling you are right, kalau kulit nampak pucat tak bermaya pun susah jugak, nanti tak de laki nak approach kekeke~ but that's my point. kalau setakat pakai mekap untuk tarik lelaki ajnabi nak ngorat kita, kan dah berdosa? tau tabarruj tu ape? tak tahu, len kali aku terangkan :P setakat pakai la cosmetic yang buat kita cantik from the inside macam buat kulit lagi ceria ke, so tak perlulah pakai mekap yang maksud aku tempek-tempek bagai tu. yang tu la tak boleh. belilah skincare yang boleh tonjolkan natural beauty kita, jaga kulit kita dari dalam. bagi aku, itulah wanita yang betul-betul cantik, tak perlukan unsur luaran untuk nampak cantik. :)
ok i'm getting off topic. tadi cakap pasal gambar kan? tiba-tiba pasal mekap haha whatever~ :P
oktillnextposttata!
LIKE KALAU SUKA.
tersenyum baca. betul setuju just hasutan syaitan selalu buat i nak make-up :)
ReplyDelete:) kadang2 sebab dh jadi habit kan. but like i said, cuba ubah kepada cara yg lain pula. cantikkn muka dari dalam pulak. natural beauty lagi cantik. nak pakai mekap jangan keterlaluan sampaikan boleh tarik perhatian lelaki ajnabbi, xelok :)
ReplyDelete