Aku Blogger.. So What???


hee disebabkan aku tengah free sekarang, xde ape benda mahu buat, so aku join je la segmen baru Ben Ashaari buat ni ;)) huihh sape la yang x kenal jejaka idaman Malaya ni? hee sory abg Fahrin Ahmad, anda pun ok je sebenarnye hehehe ;DD ok2 segmen kali ni agak menarik, ade beberapa perkara yang Ben suruh nyatakan dalam entri kali ini ;)


LATARBELAKANG BLOGGER

nama:            Nurul Hana
umur:            20+ (aishh kantoii ;PP )
pendidikan :  SRI AL-HUDA (1997 - 2002), SAMER (2003 - 2007), UIAM (2008 - SEKARANG)
pekerjaan :    masih belajar lagi... ;))
lokasi :          Gombak, Selangor



Apa pendapat anda mengenai dunia blog ?

 - pada pendapat saya, terdapat pelbagai kemudahan dan kelebihan yang boleh diperolehi daripada blogging ni.. bukan sahaja untuk paparkan dan ceritakan tentang rutin harian masing-masing.. macam-macam juga yang blogger boleh buat.. seperti kongsi isu-isu terkini, tak pun kongsi isu-isu terdahulu tapi bangkitkan semula supaya dapat luahkan dan bertukar-tukar pendapat antara blogger lain juga.. boleh juga kongsi tips-tips dan tutorial tentang apa-apa je perkara yang boleh dan senang diajar dalam blog ;)) dunia blog ni tiada batasannya, bak kata orang puteh, it has no boundaries ;)) network tu luas, macam-macam orang kita boleh kenal dan tahu ;)) oleh itu, pemikiran kita pun boleh jadi matang juga, terima apa yang blogger lain usulkan dalam blog mereka ;))


Sepanjang anda menjadi blogger , apakah perkara positif dan negatif yang pernah anda alami ?

 - saya jadi blogger pun baru jek setahun jagung hehe so nak kata perkara positif dan negatif tu x banyak la pun.. sekadar blogger atau reader lain cakap 'blog awak best la cute la nice la' tu ada la jugak.. memang jadi pembakar semangat juga untuk terus berblog ;)) walaupun kadang-kadang tu rasa nak berhenti berblog hee~ kalau saya cakap tak ada pun reaksi yang negatif, erkk... ye kot?? hehe bukan nak kata yang blog saya ni terbaik atau sempurna, mungkin sebab saya x dapat banyak sangat feedback atau maklum balas daripada blogger lain..?? hehe atau mungkin tajuk entri-entri saya sebelum nih tak berapa memberangsangkan pembaca kot wa3 xpe2 akan dipertingkatkan mutu entri lepas ni huhu~ x pun dorang tu silent reader, dan dorang luahkan pendapat sendiri kat blog sendiri, mana la tahu en ;)) kadang-kadang ada reaksi negatif pun ok gak, untuk membangunkan diri sendiri juga, nobody's perfect, right? ;))



◦Apakah blog ini hanya untuk mencari nama / glamour ?

 - blog ni pada asalnya nak dijadikan macam kononnya diari seharian la, apa yang saya dah buat dalam sehari tu, apa pengajaran atau perasaan yang saya alami hari tu.. sebab nak pahatkan dalam blog supaya satu hari nanti bila saya baca balik blog ni, akan tertimbul semula perasaan tu tika saya taip dalam entri tu ;)) untuk glamour, ohh tidakk.. ;)) x layak nak glamour-glamour nih, saya bukan artis atau selebriti ;)) sekadar untuk sampaikan pengajaran atau informasi yang berguna untuk readers saya pun dah cukup untuk saya ;)) kena tetapkan niat begitu, barulah matlamat tercapai ;)))



◦Banggakah anda menjadi seorang blogger ?

 - amat berbangga ;)) kerana saya kejar objektif saya sendiri, nak pahatkan memori yang bermakna dalam blog ni.. sekurang-kurangnya ada la juga yang sudi baca dan mungkin ada juga yang rasakan yang sama macam saya juga, you'll never know, right? ;)) yang penting, perlu ikhlas dan tetapkan niat ;)))


 p/s: saya bukan sempurna, cuma nak usulkan pendapat ;)) terima kasih abg Ben ;))


LIKE KALAU SUKA.

11 comments:

  1. assalamualaikum (budak uia kot)
    paling panjang entry:) nice2.hehe

    ReplyDelete
  2. >naz: waalaikumussalam~ alaa same je uia dgn mne2 pn hee~ pnjg sgt ke?? wa3~ klu sy dh start membebel mmg cmtu, dh jd panjang berjela2~ ;DDD

    ReplyDelete
  3. owh kat gombak..sy kat gombak gak..tapi kerja la..hehe

    ReplyDelete
  4. >man: ahaa kerja?? kt bhgn mne gombak tu?? ;DD

    ReplyDelete
  5. Salam ...
    Ben suruh saya layan blog ni ... betullah ben ni ... naya je kat saya... hehehe

    http://hasrulhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. salam kenal hana..

    ni kira super duper junior akak la ni..hehe akak grad 2000

    ReplyDelete
  7. >hasrul: hehehe naya ape nye, xde pape laa~ ;DD

    ReplyDelete
  8. >kalamhati: salam kenal kak ;)) hehe mmg super duper senior sy la nih hehe~

    ReplyDelete
  9. salam perkenalan from hanizeyecandy
    http://haniz-eyecandy.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Salam perkenalan.Cik Ila dh follow.. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails