[BOOK] Half the Sky

Salam and greetings my dearest readers, friends, and followers ;)) apa khabar ye semua? hehe harapnya sihat2 belaka, musim hujan sekarang nih x menentu.. silalah minum air masak yang bersih sebanyak-banyaknya, tapi jangan sampai perut kembung yek haha~ ;))

okeh to all book loverzzz~ (ada x?? hehe~) nak promote satu buku nih, very interesting and mind opening.. tajuknya Half the Sky, ditulis oleh sepasang suami isteri, Nicholas D. Kristof dan Sheryl WuDunn ;)) sekarang aku tengah berusaha nak habiskan baca buku nih.. kena baca perlahan-lahan, hayati ayat satu-satu haha alasan! ;PP

buku nih one of the top selling in the world, and rasanya kalau korang xtau lagi pasal buku nih, better korang pergi beli dan baca! at least pinjam kat sape-sape yang ada.. kenapa? cerita dalam buku nih memang membuka mata tentang apa yang sedang berlaku pada dunia yang kita x sedari sebenarnya.. aku ada pernah buat entri pasal perkara ni, silalah rujuk di entri Jangan ambil mudah pada dunia sekarang :)



ok, pedulikan muka budak nerd semacam nih, tengok buku tuh jek hehe :P

'turning oppression into opportunity for women worldwide'.. mengisahkan tentang realiti yang kaum wanita hadapi pada zaman sekarang ni yang kita tidak nampak atau tidak pernah sedari.. buku ni mendedahkan mengenai human or sex trafficking yang kerap berlaku pada negara-negara dunia ketiga, yakni 'economically underdeveloped', dari segi ekonomi, negara-negara ini memang x berapa berkembang lagi.. negara-negara ini dianggap sebagai satu entiti yang mempunyai pelbagai persamaan seperti kadar kemiskinan dan kelahiran yang tinggi, dan bergantung kepada negara yang maju dari segi ekonomi.. jadi, memang senang bagi golongan yang x bertanggungjawab ni nak dagangkan manusia atau seks kepada 'pelanggan' mereka, x kira la domestik atau luar negara, sebab negara-negara ni x berapa kukuh lagi untuk tegarkan negara sendiri..

hasil tulisan dalam buku ni memang membuka mata aku tentang dunia luar yang kita x dapat nak bayangkan, apatah lagi bila buka je buku ni, dalam bahagian introduction nye pun dah terang-terang cerita pasal human and sex rafficking yang berlaku dalam Malaysia!! ya, baru intro! adehh panas jek muka aku baca woo, awal-awal lagi dah cakap pasal dagangkan wanita Kemboja ke dalam Malaysia.. dalam buku, ada diceritakan yang seorng remaja Kemboja ni, cuba nak larikan diri dari rumah pelacur tu.. jadi dia pergilah ke balai polis.. boleh la pulakk anggota polis tu tahan dia atas dakwaan yang remaja tu 'illegal immigrant', lepas tu pergi jual remaja tu kat Thailand.. ish3~

banyak lagi cerita yang boleh kita ambil iktibar dari buku ini.. x rugi pun kalau beli, boleh sampaikan mesej ni kepada orang lain.. kena berjaga-jaga, pemerdagangan manusia ni bukan sahaja berlaku pada wanita, kadang-kadang lelaki pun kena juga.. biasanya dorang ambil lelaki untuk dibuat jadi macam hamba untuk uruskan rumah pelacur tu.. dan wanita, tentulah untuk aktiviti yang x sihat tu huhu T_T sayu sangat aku baca buku ni.. memang membuka minda.. jangan ambil ringan pada mesej yang aku nak sampaikan ni.. kita tengok sekarang mungkin x nampak lagi apa natijahnya kerana ia x berlaku dalam negara kita secara menyeluruh lagi.. kalau korang dapat pergi ke negara-negara ni, mesti x dapat nak percaya apa yang berlaku depan mata kita tu jugak nanti..


oke lah, lebih baik korang baca sendiri, takut la plak aku tersalah bagi info ke hehe ;)) kat bawah ni ada video, pasal the Girl Effect.. menarik kan term tu?? ;DD hehe oryte, tengok tau! kejap je, simple and meaningful mesejnya :)




ini yang kedua pulak ;) lagi best~



thank you for your time, guys :) if only it was so simple to fix this world, right? ;(


LIKE KALAU SUKA.

3 comments:

  1. itulah...politic kita pun korup...

    ReplyDelete
  2. >fidooo: tau xpe T_T makcik sy polis, selalu juga dia buat serbuan kt KL ni kt rumah2 pelacur.. memang banyak huhu~

    ReplyDelete
  3. nak tanyalah.. di mana awak beli buku tu? saya tau tntang buku tu masa tengok rancangan oprah. awak order kat online ka?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails