Assalamualaikum. :)
baru tadi baca entri terbaru Hanis Zalikha, memang bergenang air mata aku ;) serius, aku tak pandai berkata-kata, then bila baca bait-bait dalam entri Hanis tu aku sangat terharu. betapa rindunya hati ini terhadap Baginda Muhammad s.a.w., pengorbanan baginda memang tak dapat ditandingi, menunjukkan betapa baginda menyayangi umatnya. ada orang atau pepatah menyatakan yang umat Nabi Muhammad lah yang paling hebat, kerana walaupun Nabi mereka telah wafat, umatnya masih mampu menyayanginya seperti baginda masih hidup. wallahualam, jangan kerana pendapat ramai yang katakan begitu, kita hanya angkat hidung tinggi-tinggi baru nak mengaku kita umat Muhammad. tidak. :) kita memang hebat, hanya jika kita tunjukkan dan buktikan kasih sayang kita kepada Rasulullah kita. :) aku pernah cuba bayangkan, mesti best gila-gila kalau aku dapat hidup tika zaman Rasulullah masih hidup, dapatlah aku tatap muka bersih dan bercahaya baginda ;)
nak tanya sikitlah, yang 'iman' tu sebenarnya 'imam' ke? ke memang betul liriknya gitu? :)
teringat dulu pernah kena tegur dengan Yasin kat satu event kat hotel ni, malu-malu kucing aku dibuatnye ngehehehe~ :P
sama-samalah kita menghayati selawat ke atas junjungan kekasih kita yang tercinta. nasyid dan selawat ni memang my top favourite. rasa bersemangat lagi mahu berselawat. dan teringat jugalah betapa seronoknya era nasyid time aku kecik dulu. dahulu nasyid memang berkembang megah menyampaikan risalah Islam yang benar, menyebarkan kata-kata dan utusan indah tentang Islam. time sekolah rendah dan sekolah menengah dulu, asalkan ada nasyid je seronok satu sekolah dalam dewan tu hehe :)
Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”
[ Hadis Riwayat At-Tirmidzi ]
apa-apa pun, mari kita praktikkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai salah satu rutin harian kita. jangan malu untuk tunjukkan kasih sayang kita kepada baginda. bukan sahaja dengan berselawat, juga dengan mengamalkan sunnahnya. tika kita berkumpul di padang Mahsyar, akan ada satu telaga yang dinamakan telaga al-Kauthar. telaga itu hanya boleh diminum oleh umat Muhammad yang mengamalkan sunnahnya. jom kita belajar sunnah baginda dengan sedalamnya supaya dapat beroleh kesenangan dan bekalan di sana kelak :) *kalau ada salah info minta beritahu ye, saya akan betulkan :)*
LIKE KALAU SUKA.
No comments:
Post a Comment