Assalamualaikum! :D
wahh tajuk agak menarik yek, tapi tak tahulah isi entri kali ni ada manfaat ke tak. harap-harap iya la k :))
semester kali ni aku ambil kursus Pengurusan Keluarga dan Keibubapaan (Family Management and Parenting). ada satu session ni aku kena jadi moderator untuk forum bincangkan monogamy vs. polygamy :D dengar tajuk pun dah agak menarik, lagi-lagi yang stands for polygamy adalah group lelaki dan monogamy dari group perempuan. agak bertelagah kot? time bincangkan tu, tapi xdela sangat, stay cool jek hee~ dah aku jadi moderator, of course la aku kena stay focus pada perbincangan kan, tak kan nak tido kot hua3~ tapi dari topik nih, agak membuka mata dan pandangan aku tentang konsep poligami nih. aku rasa ramai yang dah tahu isu nih, tapi bagi yang tak tahu lagi dan mahu baca, silakan and i hope that these info can be beneficial for you all. :)
Kategori polygamy.
okeh firstly apa itu polygamy? sebenarnya polygamy nih ada dua jenis, polygyny dan polyandry. in general, poligami ni terjadi apabila si suami ATAU si isteri mahu tambah lagi seorang pasangan dalam perkahwinannya dan masih terikat pernikahan dengan pasangan pertama. confuse? okeh meh aku terangkan lagi detail.
polyandry adalah sejenis bentuk perkahwinan di mana ISTERI ada 2 atau lebih suami dalam satu masa. polyandry memang ditegah la dalam Islam, mana boleh isteri ada banyak suami haha! nanti jadi chaotic dalam pelbagai hal. antara yang aku boleh fikirkan, macam kes gambar atas tuh tehee gurau je k :) other than that, dalam menentukan zuriat. kononnya time tu si isteri tengah pregnant, agak sukar la nak tahu yang baby dalam kandungan tuh anak suami yang mana hee~ but it's true, banyak disadvantage kalau isteri ada banyak suami, huru-hara marriage haha! :DD
okeh, polygyny adalah sejenis bentuk perkahwinan di mana SUAMI ada 2 atau lebih isteri dalam satu masa. kategori ini memang diterima dalam Islam, but of course in Islam, it is only limited to and maximum 4 wives only. islam permitted polygyny for men as long as they can treat all of their wives equally and justly. erti kata lain, dalam semua perspektif; makan, minum, perlindungan, rumah, nafkah, masa, semuanya kena adil. bila seseorang suami boleh dan yakin untuk berlaku adil kepada isteri-isterinya, maka dia boleh lakukan polygyny.
Legal cases.
however, aku dapat info yang kadang-kadang tu, bila si suami nak kahwin lagi seorang wanita, mahkamah pun kena involve. ada satu kes, si suami nak kahwin lagi seorang, isteri pertama pun merestui (wahhh~) but then mahkamah tak bagi. kenapa? bila mahkamah check dan tengok dokumen-dokumen gaji dan income suami tu, mahkamah dapati yang suami tu tak mampu nak sarakan dua-dua isteri dalam satu masa. yes, of course la boleh, niat tu ada, isteri pertama restu, tapi pendapatan dia tak cukup untuk sara dua isteri (dan keluarga sekali), so mahkamah tak bagi, dikhuatiri yang si suami tak mampu berlaku adil pada isteri-isteri dan juga pada diri sendiri.
Konsep sebenar polygyny.
lagi satu, konsep sebenar polygyny, or yang orang ramai familiar dengan polygamy nih, telah disalah tafsirkan oleh scholars yang bentangkan cause and effect polygamy nih. and sorry to say, pengaruh barat yang buatkan masyarakat sekarang tak setuju dengan polygamy, or polygyny. sekarang diuar-uarkan yang polygyny tu macam lambang lelaki tu sexist, or gilakan perempuan, which i think is a tuuutt~ sebenarnya, diikutkan dalam perspektif Islam, polygyny diterima kerana tujuan asalnya adalah untuk memberikan perlindungan kepada wanita yang tidak mampu untuk berdiri sendiri. contohnya ibu tunggal, isteri kematian suami dan ada anak, janda, balu, and so on. polygyny juga diterima kerana bilangan wanita exceed bilangan lelaki dengan jumlah yang amat tinggi. aku nak terangkan faktanya pun aku takut tersalah cakap, so sila refer kat website yang aku jumpa nih, EffySaiful. selain daripada tak mampu berdiri sendiri, ia juga untuk lindungi wanita tu daripada fitnah. paham-paham la mulut orang nih memang tak boleh ditutup. at certain times and situation, it is better for the woman to marry another guy so that people would stop commit fitnah upon her.
Praktis dari Nabi Muhammad s.a.w.
ok, ada jugak orang Kristian yang pertikaikan juga, tika zaman Nabi, Nabi pun buat polygyny. ape maksudnya tu? Nabi pun sexist ke? Nauzubillah. kalau kita orang Islam nak jawab, ada ustaz ajar aku supaya cakap yang kita percaya yang Nabi adalah seorang yang syumul, yakni manusia yang paling sempurna diciptakan oleh Allah. lagi-lagi sifat terpuji baginda adalah amanah, iaitu adil. Baginda mampu untuk berlaku adil kepada bukan sahaja semua isteri baginda, juga kepada ummatnya. lagipun, baginda lakukan polygyny hanya selepas kematian isteri baginda Saidatina Khadijah. then baru baginda kahwin lain, tu pun semua isteri baginda dari kalangan balu, janda, wanita kematian suami dan sebagainya, kecuali Saidatina Aisyah. terbuktilah yang Nabi ajar kita supaya firstly, jika suami mampu berlaku adil, then pasangkan niat mahu lindungi kebajikan wanita itu, maka si suami boleh commit polygyny. so, nak panggil Rasulullah sexist jugak? tidak la kan. :)
kesimpulannya, kita kena sedarkan masyarakat yang polygyny bukanlah a bad thing. and i'm not saying that kita kena betul-betul lurus bendul setuju dengan kenyataan polygyny. it depends on the situation. it's not that there should be a saying that every husband can commit polygyny freely, no! rasa macam pelik jugak kan haha! like i said before, only if he can be just and wanted to protect the woman, then he can commit polygyny. :)
i hope it is beneficial to all, thanks for spending some time reading it :)) if you have questions or corrections, please do it in at as most pleaseful and hikmah way as you can :) i'm human, cannot escape from mistakes too :))
oktillnextposttata!
LIKE KALAU SUKA.
wowww, poligami :P
ReplyDeletemacam ustaz amirul!! =)
ReplyDeletesalam singgah..dah follow u..no 185..nanti follow ita balik ya..TQ..nice blog...
ReplyDelete