teringatkan arwah. ajal maut di tangan Tuhan.

Assalamualaikum :)


bagaimana ye korang hadapi keadaan apabila tiba-tiba teringatkan seseorang yang sudah tiada lagi di dunia ni? especially your special ones. lagi perit nak tanggung. i've lost a friend. actually he's my friend's boyfriend, so i consider him as my friend though.


bila aku teringat balik, aku tak berkesempatan nak kenal dia dengan lebih baik. sebelum ni pun aku dapat bertemu dengan dia pun sebab kawan aku bawak dia sekali keluar hang out sama-sama. arwah memang pendiam, lagi-lagi sebab kitorang sume gurlz kan, dia banyak tersengih je la hehe.




setiap kali aku tengok dorang berdua, aku berdoa harap-harap la mereka bersama sehingga ke anak cucu. pada pendapat aku, merekalah pasangan paling ideal yang aku pernah kenal, sehati sejiwa gitu :) lama juga hubungan mereka, sejak dari bangku sekolah lagi. hubungan mereka plak keluarga masing-masing pun dah tahu, so memang ada restu la nak kahwin nanti :) nampak sweet sangat tengok dorang. :) tapi....




bila aku dapat call dari salah sorang kawan aku inform kan yg arwah meninggal, seriously lutut aku berketar. aku ingat tu sekadar gurauan, or mungkin aku tersalah dengar. tapi memang itulah kenyataan. aku nak datang lawat kat hospital, tapi keadaan tak mengizinkan. dah hampir lewat malam, nak cari hospital tu dalam gelap pun aku tak berani sangat, sekadar alFatihah sahaja aku dapat kirimkan buat arwah :( dalam hati terbayang wajah kawan aku, mesti dia lemah tika itu. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. hanya doa jugalah aku dapat kirimkan buat kawanku itu. hanya Tuhan yang tahu bebanan yang dia tanggung sekeluarga, sekali dengan keluarga arwah.


maafkan aku sebab aku post entri pasal arwah, dear friend. aku tak dapat nak kawal perasaan aku. aku lalu MRR2 siang tadi, terus teringat kat arwah. setiap kali aku drive, aku lalu highway tu, aku pasti teringat kat arwah. aku mungkin ya atau mungkin tidak perlu tahu lokasi mana kemalangan dia tu. yang pastinya aku mahu semua, bukan sahaja aku, untuk drive safely and carefully, all because of him. disebabkan arwah, aku nak orang lain ambil iktibar agar berhati-hati tika memandu dan ingatlah orang yang tersayang. kerna arwah adalah mangsa kemalangan, dan aku tak nak kehilangan dia menjadi sia-sia jika tiada orang yang mahu ambil iktibar. arwah adalah lelaki yang baik dan dia layak diberikan penghargaan atas usahanya untuk hidup sehinggalah masanya sudah pun tiba untuk kembali. 


ingatlah orang yang tersayang selalu.
LIKE KALAU SUKA.

1 comment:

  1. Sukar untuk digambarkan bila kehilangan orang tersayang ni..kadang-kadang boleh terbawa-bawa ke dalam mimpi, seolah-olah dia masih lagi hidup..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails