prepare yourself before that TIME has come.

Assalamualaikum.


setiap hari aku terdedah kepada bahaya di jalan raya. serius. sebab aku selalu driving everyday, macam tu keje aku pulak. kalah pakcik teksi en. aku pulak memang suka memandu, nak bagi tajamkan lagi skill memandu aku en. kadang-kadang terfikir jugak andai kata suatu hari nanti, bagaimana kalau aku tersilap langkah? aku accident di jalan raya, ada orang ke nak tuntut mayat aku? bagaimanakah cara aku meninggal nanti? dalam keadaan yang baik, atau sebaliknya? aku dah bersedia ke nak pergi menemuiNya? ;(



maghrib tadi aku dapat berita yang seorang lagi kawan aku meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. yes, lagi. sebelum ni dah seorang kawan meninggal sebab benda yang sama. hati aku tersentap sangat-sangat kerana kali terakhir aku jumpa dia adalah tika reunion batch kami bertempat di port dickson. rasa seronok sangat dapat spend time dengan kawan-kawan sampaikan kita terlupa dengan kenyataan yang suatu hari nanti mungkin kita takkan berjumpa lagi ;(


aku tak sempat nak memohon maaf daripada dia. aku tak pernah berborak dengan dia, cuma bertegur sapa gitu sahaja. tapi melalui teguranlah kita menjadi kawan. even just a word can bond a friendship. with that, i ask all of you to cherish and be nice to your friends nd loved ones especially families, because we will never know whether there is tomorrow for us.


sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk sahabat-sahabat kita, atau kenalan kita yang telah pergi meninggalkan dunia untuk berada di tempat yang lebih diredhai sana. Razin, Fadli, this one is for you.

Al-Fatihah.
LIKE KALAU SUKA.

3 comments:

Related Posts with Thumbnails