Gadis trauma dibelasah 2 rakan

Salam to all ;)) haihh ape la nak jadi dengan budak2 zaman sekarang?? dulu pernah kes kat sekolah asrama, sampai budak Farid tu (tu kan name dia?) meninggal dibelasah.. sekarang plak budak2 perempuan dah pandai nak belasah.. haishhh~ nyampah aku baca.. nk selesaikan konflik kot ye pun,guna la cara yang bertamadun sikitt~ ;PPP bikin wa panas aje laa...


sumber: berita harian
Calon SPM cedera dipukul di hadapan orang ramai dekat pejabat pos.

PETALING JAYA: Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Damansara di sini, yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan, trauma selepas dibelasah dua pelajar perempuan sekolah sama, disaksikan puluhan pelajar lain dan orang ramai di depan sebuah pejabat pos. Dalam kejadian jam 3 petang, Jumaat lalu, pelajar itu bukan saja cedera dipukul dua pelajar perempuan, masing-masing Tingkatan Lima dan Tiga, malah baju sukan dipakainya turut ditarik sehingga menampakkan baju dalam.
Berikutan kejadian itu, Fatin Farihah Nordin, 17, yang luka tisu lembut pada bahagian kepala, telinga berdarah, bengkak dan luka di dahi serta kepala, mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, pada hari sama.

Mangsa yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh, sejurus selepas kejadian itu tidak ke sekolah sejak dua hari lalu kerana malu dan trauma selain bimbangkan keselamatan dirinya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, yang dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Beliau berkata, polis juga sudah mengambil keterangan dua pelajar yang terbabit dalam serangan itu.
Sementara itu, Fatin Farihah berkata, sebelum kejadian dia dan dua rakannya ke pejabat pos selepas diberitahu yang dua pelajar perempuan terbabit termasuk seorang yang sedang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) mahu berjumpanya di situ untuk menyelesaikan perselisihan faham.

Bagaimanapun, katanya, sebaik dua pelajar terbabit tiba, berlaku pertelingkahan antara mereka sebelum dua pelajar itu memaki dan memanggilnya bohsia serta menggelar ibunya pelacur.

“Selepas itu, mereka pukul saya dan ketika bergelut untuk melepaskan diri, saya terjatuh dan mereka menarik baju saya hingga menampakkan baju dalam.

“Saya malu kerana ramai pelajar lain termasuk pelajar lelaki dan orang ramai berada di situ dan mereka hanya melihat tanpa memberikan bantuan,” katanya.

Akibat kejadian itu, Fatin Farihah berkata, dia tidak berani ke sekolah, malah tumpuan terhadap pelajaran menjelang SPM tidak lama juga terganggu.

Beliau percaya kejadian itu berpunca akibat perselisihan faham dan rasa tidak puas hati dua pelajar berkenaan selepas ibunya membuat laporan polis selepas dibelasah sekumpulan pelajar di luar sekolah mereka, Mac lalu.


LIKE KALAU SUKA.

4 comments:

  1. belasah2 org dh jd cam per bese le plak.....

    slm ziarah

    ReplyDelete
  2. hmm mungkin masih ada yg anggap ia prkara biase..
    sbb sy dlu pn sekolah kt skola agama, so xnmpak sgt bnda2 mcm ni..
    tapi ini menunjukkn yg budak2 sekarang nih dah makin 'berani', dah x fikir hujung pangkal tindakan sendiri..
    nak selesaikan perselisihan faham, bukan mcm ni caranya..
    bila ditegur, xmahu terima..
    x ditegur, mcm ni la jadinye..
    sekadar pendapat ;))

    ReplyDelete
  3. salam..
    saya pun baru sudah bc news nieh..
    tapi...
    time incident tu katanya dekat dgn pjabat pos kan?
    sah2 la tmpat public kan?
    mesti ada org lalu lalang kan?
    mangsa pon ckap ada beberapa pelajar lelaki yg x tolong kan?
    org awam yg ada kat situ buat bodo je ke??????
    pelik bin ajaib...

    ReplyDelete
  4. ikutkan begitulah kenyataan dia tuh..
    memang pelik, sanggup dorang tengok aje budak prmpuan dibelasah begitu aje..
    ntah mane kesedaran masyarakat skrg nih isk3~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails