balik rumah, aku terus masuk bilik, bukak laptop, tunggu depan lappy nih untuk loading result aku nih.. adoiii rasa berdebar-debar jantung nih, dan x bersedia pulak tu T_T
PING! *side effect tambahan*
result pun dah kluar.............
Ya Allah, sesungguhnya Engkau hanya mahu mengujiku, memberi pengajaran kepadaku tentang masa yang aku sudah habiskan untuk perkara-perkara selain daripada menimba ilmuMu ;(((
Ya, aku gagal dalam salah satu subjek untuk kursus perakaunan.. aku tahu, tak gunanya menyesal sekarang, yang berlaku tetap berlaku, yang dah lepas tetap dah lepas... tapi, aku terus teringat pada hari aku perlu ambil exam subjek ni hari tu... bukan berniat untuk merungut, tapi aku tahu ada hikmahnya di sebalik kegagalan aku dalam subjek ini...
.......................................................................................................................................
hari tu aku ada dua exam, pagi dan petang.. pada paginya, aku ambil paper elektif dari bidang business administration.. boleh ke x aku jawabnya, boleh la jugak.. memang target boleh jawabnya, dan Alhamdulillah aku boleh lakukannya.. then aku pergi balik mahallah Nusaibah dengan fatin, rancangnya nak review balik untuk paper tengah hari tu...
baru keluar dewan periksa tu fatin dapat call daripada sepupunya, bertanya pasal ayah fatin.. fatin terpinga-pinga sebab xde orang bagitahu dia pun ape-ape pasal ayah dia.. then dah nak sampai tangga, fatin dapat call dari adik dia, menangis-nangis teresak-esak sampaikan fatin x faham ntah ape la yang adik dia tengah cakap tu.. makcik dia plak yang cakapkn yang ayah fatin tengah sakit, masuk ICU.. katanye sesak nafas.. fatin dah risau, cuak, jantung pun berdebar-debar.. aku tahu, dia dah rasa lain macam je tika tu, tapi aku nasihatkan agar berdoa la yang xde ape2 kot yang terjadi, mungkin darah tinggi ayah ko serang lagi je kot..
lepas tu, tengah termengah-mengah naik tangga setinggi Batu Caves untuk ke mahallah tu (hehe lebih kurang je, tapi semput gak ;PP) dah sampai kat puncak, fatin dapat call dari mak dia.. fatin terus menangis sambil berkata, "abah dah tak de,mak?"
aku pun terkejut, x terkata untuk bagi semangat kepada fatin ke nak tenangkan fatin ke.. aku just peluk dia, dia nangis terus.. aku suruh dia naik bilik, then aku pergi belikan makanan untuk dia.. tika itu, aku dah x lapar, x de mood, memang rasa kosong.. semangat nak duduki paper tengah hari tu yang akan berlangsung lagi 2 jam lagi tu pun aku dah xde semangat.. aku hanya fikirkan tentang kawan aku tu aje, terfikirkn ape yang akan terjadi kepada keluarga dia, adik-beradik dia yang masih kecil-kecil lagi..
aku naik bilik fatin.. kawan-kawan aku yang lain semuanya ada juga di situ.. fatin duduk mengerekot, menagis teresak-esak fikirkan yang ayah dia sudah tiada lagi.. amat sedih, padahal paper yang kitorang akan ambil bersama tengah hari tu nanti adalah paper yang terakhir, dan esoknya fatin akan pulang ke Kelantan.. dia ade cakap, dah nak abes exam dah, nak balik dah, tapi abah dah xde.... sayunya hati kami semua, masing2 pun menangis tengok keadaan dia macam tu...
tanpa berlengah lagi, kitorang tolong fatin setakat mana yang mampu.. kitorang tolong tanyekan madam macam mana prosedur kalau fatin nak repeat paper tu, tiket bas ade lagi ke x untuk balik petang ni, nak naik bas ke flight je terus, even nak kemas barang fatin pun kitorang yang uruskan semuanya.. semuanya kitorang manage untuk siapkan dalam masa 2 jam...
sayu aku nak pergi dewan peperiksaan, tapi aku perlu gagahkan diri juga untuk pergi.. berbekalkan doa, aku pergi ke dewan peperiksaan dengan harapan agar aku boleh jawab paper tu, dan agar fatin diberikan kekuatan yang even kitorang pun xkan dapat hadapinya.. sepanjang dalam dewan, aku tumpukan perhatian untuk jawab soalan2 yang diberikan, cuba juga untuk jawab walaupun aku memang xtau jawapan apa untuk diberi huhu.. akhirnya, aku hanya mampu tawakal..
.....................................................................................................................................
result dah kluar, dan aku tetap redha.. apa yang aku dapat sekarang, aku kena terima.. ada hikmahnya di sebalik kejadian yang berlaku, aku tahu ada hikmahnya kenapa ayah fatin pergi pada hari itu, cuma ia tidak berlaku lagi atau aku tidak nampak lagi.. result aku tu, aku x ambil kisah sangat, kerana aku tahu aku boleh buat lagi baik dalam sem akan datang nanti.. mungkin akan datang, aku boleh dapat result yang lagi gempak! dan yang paling penting bagi aku, kena tolong mereka yang lagi memerlukan.. fatin adalah kawan aku, dan aku ikhlas berkawan dengannya...
AlFatihah dikirimkan untuk arwah pakcik Wan Muhd Nasir...
LIKE KALAU SUKA.
pasal result, ade hikmah tu :)
ReplyDeletesabar la... semua tu ader hikmah yg tersembunyi..
ReplyDeletex pe la..atleast fatin ada kawan nak temankan repeat paper itu kan...senyum.
ReplyDeletexpe na..mybe de hikmah ko tlg kwn ko 2..ne tau nt ko dpt rslt gmpak pnye ley cover blek cgpa ko..
ReplyDeletehehe nme ak 2;P
takziah tuk kwn ko..
hana k.diba pon seangkatan dgn kamu....huhu
ReplyDelete