Bas Khas Wanita

Assalamualaikum :)

wahh aku respect jugalah RapidKL nak perkenalkan alternatif baru ni untuk kaum wanita.. sama je konsep macam tren KTM, di mana aku x pernah naik lagi hehe tapi ikutkan pemerhatian aku semua orang macam puas hati dengan konsep tu..



bila terbaca artikel ni, aku terus teringat kat negara Iran, dorang siap sediakan teksi khas untuk wanita lagi.. teksinya dorang catkan warna hijau, supaya senang penumpang wanita nak tahu teksi tu memang khusus untuk wanita sahaja.. nak lagi best, pemandu teksinya pun WANITA juga ;)) so, aku suka sangat konsep macam tu, rasa lagi selesa la nak guna public transport ni ;))



KUALA LUMPUR: Bas untuk wanita diperkenalkan oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) untuk memberi keselesaan dan memastikan keselamatan golongan itu sepanjang perjalanan ke destinasi masing-masing.


Ketua Pegawai Operasi Bas RapidKL, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, berkata Rapid Bas Wanita itu diperkenalkan selepas kerap menerima aduan daripada pengguna terutama wanita yang terpaksa berhimpit dan terdedah dengan gangguan seksual. “Tempoh percubaan perkhidmatan ini dilaksanakan sebulan bermula semalam dengan melalui tujuh laluan utama pengguna. Dua bas tambahan disediakan masing-masing bagi perkhidmatan pagi bermula 6.45 pagi dan 7.30 pagi serta sebelah petang pada 6 petang dan 6.45 petang setiap hari. “Perkhidmatan pagi membabitkan laluan U1 iaitu Hab Pinggiran Batu Caves; U8 (Hab Damansara Damai); U22 (Hab Sri Nilam); U40 (Hab Terminal Kajang); U60 (Hab Puchong Utama); U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81 (Hab Subang Suria).


“Pada petang, bas akan melalui U1 (Hab Medan Pasar); U8 (Hab Medan Pasar); U22 (Hab Jalan Hang Lekiu); U40 (Hab Pasar Seni); U60 (Hab Pasar Seni); U80 (Hab Pasar Seni) dan U81 (Hab Pasar Seni),” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.


Katanya, penanda khas diletakkan di cermin depan, tingkap, pintu bas dan skrin elektronik bas bagi membezakan bas khas terbabit dengan bas RapidKL biasa.


“Walaupun bas berkenaan dikhususkan untuk wanita, kanak-kanak lelaki berumur bawah 12 tahun dibenarkan menaiki pengangkutan itu dengan ditemani wanita. Sepanjang tempoh percubaan ini, RapidKL akan melakukan tinjauan kepuasan pengguna bagi meningkatkan perkhidmatan ini pada masa depan.

“Maklumat lanjut hubungi talian bantuan RapidKL di 03-78852585 atau emel suggest@rapidkl.com.my atau twitter di MYrapidKL atau layari www.rapidkl.com.my,” katanya.
 


LIKE KALAU SUKA.

2 comments:

  1. Topik ni aku pernah bangkitkan di forum iluvislam dulu. Memang nak cadangkan kepada kerajaan.

    Alhamdulillah.. Dah dilaksanakan. =)

    ReplyDelete
  2. >thahar: ooo xtau la plak prnh ko bangkitkan hehe walaupun sekarang dalam proses percubaan, tapi insya Allah boleh terus dilaksanakan la en hee~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails