Pengalaman pengacaraan event

Assalamualaikum :)

ecehh tajuk topik macam nak best aje hehe :)

but seriously, aku tahu korang mestilah pernah masuk program-program sukarelawan and being at the top management or being a committee right? at least mesti la sekali kan :)

aku selalu jugaklah join program-program macam ni, sejak habis SPM lagi aku dah join program-program kem bina sahsiah diri, kem kepimpinan, kem motivasi, dan lain-lain lagi. bagi aku, untuk menimba pengalaman berada dalam organisasi yang terbaik adalah daripada program-program like i have mentioned before. bukan nak kata kerja dalam bidang korporat tu tak penting, cuma aku nak tekankan yang pengalaman join program-program macam ni sesuai sebagai langkah persediaan dan sebagai 'appetizer' sebelum kita nak masuk alam pekerjaan nanti :)



sebelum ni aku pernah jadi fasilitator dalam group, kiranya kena layan budak-budak sekolah la kan. seriously, aku tak pandai nak layan budak-budak. aku tak aktif dan lagi suka mendengar orang lain bercerita. ada ke budak-budak sekolah nak bercerita kat aku kan? mana ada, so aku fikir i'm not suitable for this kind of thing (=_=) 



aku lagi suka bekerja di 'sebalik tabir' program, bukan di 'atas pentas' program :) sebab tu selalunya aku dapat jawatan bendahari (tu pun yang paling tinggi la aku pernah jadi setakat ni) and Alhamdulillah aku dapat manage jugaklah walaupun tak ade la perfect kan :)


sape kata tak best? best woo~ dapat eratkan silaturrahim sesama sahabat, rakan-rakan baru, tak lupa juga dengan peserta-peserta program :) 

yang paling penting, kita kena ambil pengajaran dan pengalaman daripada apa yang kita telah lakukan. ikhlaskan niat kerna Allah dan untuk kepentingan masyarakat terutamanya untuk generasi akan datang :) merekalah pemimpin masa depan kita, dan daripada sekaranglah kita perlu bentuk mereka dengan menggunakan acuan yakni bentuk pendekatan yang berkesan :)

insya Allah this weekend aku akan pergi berprogram lagi kat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, atau dikenali sebagai Masjid Besi (which i think is kinda weird kot ye pun nak bagi nama timangan :P ) bersama rakan-rakan UIAM saya, BACC PR Division dan collaboration dengan INSPIRE Club, menjadi fasilitator untuk International Islamic School :) doakanlah program tu berjalan dengan lancar ye :)

alang-alang sekali tu, aku nak juga berkongsi peluang dengan korang semua tentang satu program ni :)

insya Allah, Sekretariat Liqa' Asatizah & Dai', iLuvislam.com dengan kerjasama JAKIM, Telaga Biru, Mantop Training & Consultancy serta Saifulislam Training & Consultancy bakal menganjurkan Konvensyen peringkat kebangsaan bersama tokoh-tokoh dan ilmuan-ilmuan agama negara dan juga antarabangsa pada 25 & 26 Februari 2012 di PWTC. 

Bagi mereka yang berminat menimba pengalaman sebagai tenaga sukarelawan bagi menjayakan misi besar ini, anda dialu-alukan untuk menghantar resume kepada email berikut : volunteer@iluvislam.com


Resume anda hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 
  1. nama penuh
  2. tarikh lahir
  3. no. telefon
  4. email
  5. tempat pengajian/tempat bekerja
  6. bidang pengajian/jawatan pekerjaan
  7. pengalaman dalam sebarang pengacaraan event.



Terima kasih kerana berminat untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini.



Sesiapa yang ingin menyumbang, membersih wang riba dan syubhah juga boleh disalurkan untuk program manfaat awam ini.



Ini adalah draft poster yang belum final tetapi disiarkan untuk mencari sukarelawan dengan kadar segera.



kalau ada sesiapa yang berminat, bolehlah beritahu saya sekali ye, teringin nak join sekali tapi lagi seronok kalau ada kenalan dan kawan yang join bersama kan hehe :)

peace out yo, Salam! :)


LIKE KALAU SUKA.

Comeback

Assalamualaikum :)

dah lama sangat-sangat aku tak buat post baru. merajuk la katakan hihi. 

ingat nak comeback la posting entry-entry baru. mula-mula ingat nak delete je blog ni, tapi sayang pulak.

setelah 5 bulan tak login blogger ni, banyak jugak perubahan ek hihi dah tak biru sangat dashboard jadinya, dah jadi putih melepak, kan sedap mata memandang, rasa suci pulak ngahaha~

alamak dah ter-merepek pulak (=_=)

so insya Allah lepas ni nak posting entri-entri yang lebih kepada bahan ilmiah or berfaedah la sikit, sebelum ni asyik nak membebel dan merepek tak tentu pasal, kan tak berhikmah tu hihi.

so this is my comeback. i want to say thank you to my fellow readers yang still follow and baca blog aku yang entah bagi input kepada korang ke tak. :) insya Allah aku akan cuba update blog ni sekerap dan sebaik yang mungkin, sebab kalau kerap sahaja tapi entri merapu, tak jadi jugak kan? :)

and this is my present for you all yang baik-baik belaka, taraaaa~


ucapan ikhlas dari hati :)


peace out yo, Salam! :)

LIKE KALAU SUKA.

beralih ke dunia tumblr.




ada sebabnya kenapa aku dah tak aktif berblog. simple. kerana aku dah jatuh cinta pada tumblr :D

bagi aku dunia blog ni tak berapa besar. mungkin kerana hanya tertumpu kepada rakyat Malaysia jek. and i'm sick of the reality that dunia blog kat Malaysia ni banyak yang nak kejar fofulariti, so sorry to say k.

nak terima atau tidak kata-kata aku tadi, aku tak kisah, and i'm not saying that i was right. ada yang ikhlas berblog, tapi tidak dinafikan juga ada yang sebaliknya. the thing is now perasaan aku nak berblog tu dah pudar. aku lebih suka memerhati, bukan memberi komen atau kata-kata yang bernas. aku lebih suka berfikir dan perhatikan sendiri natijah kelakuan manusia dan persekitarannya. mungkin aku bukan seorang yang kreatif, tak pandai nak menonjolkan blog aku sendiri. mungkin kerana hati aku bukan dalam blog lagi. mungkin aku perlukan benda baru. mungkin dan mungkin. segalanya hanya dalam kemungkinan dan kemusykilan sehinggalah kita ambil langkah yang baru, haih dah bebel lain :P



dalam dunia tumblr, sangat berbeza berbanding dari blog. dalam tumblr, kita boleh discover benda-benda baru hanya dari pictures, videos, simple words, and quotes. but mostly people post pictures la. aku kan suka memerhati, so aku suka tengok gambar-gambar yang best-best, kiut miut, sumber inspirasi pun ada :D iye, aku dah jatuh cinta dengan tumblr! :D



yang paling bestnye, tak ada orang pun yang kenal aku dalam tumblr! :D so we can comfortably be ourselves in there and those people yang follow kita pun memang orang yang like us the way we are :) aku rasa macam melalui tumblr je aku boleh tahu tentang pandangan orang asing tentang diri kita, dorang tak segan untuk komen post-post kita, sambil tu sharing interest yang sama. aku sangat selesa dengan keadaan gitu, without them having to judge others based on their first impression. :)

so, aku cadangkan agar korang try join tumblr kalau mahukan something new :) maybe untuk korang, blog is your therapy :) but for me, i have found tumblr <3
LIKE KALAU SUKA.
Related Posts with Thumbnails