Showing posts with label gen20. Show all posts
Showing posts with label gen20. Show all posts

Pengalaman pengacaraan event

Assalamualaikum :)

ecehh tajuk topik macam nak best aje hehe :)

but seriously, aku tahu korang mestilah pernah masuk program-program sukarelawan and being at the top management or being a committee right? at least mesti la sekali kan :)

aku selalu jugaklah join program-program macam ni, sejak habis SPM lagi aku dah join program-program kem bina sahsiah diri, kem kepimpinan, kem motivasi, dan lain-lain lagi. bagi aku, untuk menimba pengalaman berada dalam organisasi yang terbaik adalah daripada program-program like i have mentioned before. bukan nak kata kerja dalam bidang korporat tu tak penting, cuma aku nak tekankan yang pengalaman join program-program macam ni sesuai sebagai langkah persediaan dan sebagai 'appetizer' sebelum kita nak masuk alam pekerjaan nanti :)



sebelum ni aku pernah jadi fasilitator dalam group, kiranya kena layan budak-budak sekolah la kan. seriously, aku tak pandai nak layan budak-budak. aku tak aktif dan lagi suka mendengar orang lain bercerita. ada ke budak-budak sekolah nak bercerita kat aku kan? mana ada, so aku fikir i'm not suitable for this kind of thing (=_=) 



aku lagi suka bekerja di 'sebalik tabir' program, bukan di 'atas pentas' program :) sebab tu selalunya aku dapat jawatan bendahari (tu pun yang paling tinggi la aku pernah jadi setakat ni) and Alhamdulillah aku dapat manage jugaklah walaupun tak ade la perfect kan :)


sape kata tak best? best woo~ dapat eratkan silaturrahim sesama sahabat, rakan-rakan baru, tak lupa juga dengan peserta-peserta program :) 

yang paling penting, kita kena ambil pengajaran dan pengalaman daripada apa yang kita telah lakukan. ikhlaskan niat kerna Allah dan untuk kepentingan masyarakat terutamanya untuk generasi akan datang :) merekalah pemimpin masa depan kita, dan daripada sekaranglah kita perlu bentuk mereka dengan menggunakan acuan yakni bentuk pendekatan yang berkesan :)

insya Allah this weekend aku akan pergi berprogram lagi kat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, atau dikenali sebagai Masjid Besi (which i think is kinda weird kot ye pun nak bagi nama timangan :P ) bersama rakan-rakan UIAM saya, BACC PR Division dan collaboration dengan INSPIRE Club, menjadi fasilitator untuk International Islamic School :) doakanlah program tu berjalan dengan lancar ye :)

alang-alang sekali tu, aku nak juga berkongsi peluang dengan korang semua tentang satu program ni :)

insya Allah, Sekretariat Liqa' Asatizah & Dai', iLuvislam.com dengan kerjasama JAKIM, Telaga Biru, Mantop Training & Consultancy serta Saifulislam Training & Consultancy bakal menganjurkan Konvensyen peringkat kebangsaan bersama tokoh-tokoh dan ilmuan-ilmuan agama negara dan juga antarabangsa pada 25 & 26 Februari 2012 di PWTC. 

Bagi mereka yang berminat menimba pengalaman sebagai tenaga sukarelawan bagi menjayakan misi besar ini, anda dialu-alukan untuk menghantar resume kepada email berikut : volunteer@iluvislam.com


Resume anda hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 
  1. nama penuh
  2. tarikh lahir
  3. no. telefon
  4. email
  5. tempat pengajian/tempat bekerja
  6. bidang pengajian/jawatan pekerjaan
  7. pengalaman dalam sebarang pengacaraan event.



Terima kasih kerana berminat untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini.



Sesiapa yang ingin menyumbang, membersih wang riba dan syubhah juga boleh disalurkan untuk program manfaat awam ini.



Ini adalah draft poster yang belum final tetapi disiarkan untuk mencari sukarelawan dengan kadar segera.



kalau ada sesiapa yang berminat, bolehlah beritahu saya sekali ye, teringin nak join sekali tapi lagi seronok kalau ada kenalan dan kawan yang join bersama kan hehe :)

peace out yo, Salam! :)


LIKE KALAU SUKA.

nametag dan lencana sekolah :)

Assalamualaikum! :D

ape khabar semua? harap-harap sihat-sihat belaka la semuanya ye, aku sekarang macam baru dijangkiti dengan batuk, agak sakit tekak aku yek wuu~ :(


hehe saje je nak bagitau, aku tengah selongkar laci meja aku. punya la selongkar, xtau kenapa nak selongkar, memang saje je tengok ape yang ada dalam khazanah aku nih :P last2 terjumpa mende2 alah ni :D






teringat balik zaman sekolah dulu, zaman gemilang aku hahaha perasan! :P lencana tuh nampak lusuh, sebab aku tanggalkan yang aku jahit kt tudung sekolah aku dulu, dah tu je yang ada hee~ nametag nampak baru sebab setiap sorang dapat 3 ke 4 nametag, yang kat tudung dulu dah kena clorox la lusuh la, so aku amek gambo nametag yang baru je la  hik3~ :P


nametag nih, time dah abes sekolah, kawan2 sume nak tukar2 nametag hehe nak buat kenangan la en :D aku dapat dari dua orang nih, dua-dua kawan baik aku :) serius, aku rindu kat dorang nih huk3~ batch aku dulu warna kuning, sesuai sangat la dengan aku, aku pun pakai tudung kuning en hehe~ eh2 bukan sebab tudung lusuh! hehe. sebab aku ada jawatan dulu, kena pakai baju seragam warna kuning, tudung kuning, dan kain warna hijau lumut. kenapa warna tu? sebab dah polisi untuk sekolah-sekolah under JAIS, kalau pengawas, kena warna kuning, pengawas perpustakaan warna hijau, pembimbing rakan sebaya pulak warna ungu. pelajar biasa warna putih kain hijau ngee macam budak tadika en haha! :P tapi aku bangga tau, bukan sebab aku pakai baju kuning, tapi sebab dulu aku sekolah di SAMER :)


lagi-lagi dengan batch aku, GEN20 SAMER. kawan2 terbaik aku lah kiranya, semuanya supportive, caring, and best! yang penting, ikatan ukhwah tu kena ketat-ketat, baru ngam~ :) walaupun dah lama tinggalkan sekolah tu, (3 tahun kira lama ke? O_o) tapi sampai sekarang masih contact sama-sama, selalu keluar sama-sama, main sama-sama, dating sama-sama hahaha gurau je weh! :P dan aku paling suka bila ada aktiviti yang alumni GEN20 nak buat nih, lagi-lagi yang kem motivasi atau kem untuk budak2 sekolah lain ;) baru2 ni ada kem kepimpianan SMKYL anjuran alumni GEN20 buat, kat sungai congkak. yang tu aku update dalam next entri k :)


oryte, until next post, adios!


sebenarnya perkataan sporting yang korang kata kira macam 'masuk kepala sekali' tu asalnya supporting la, last2 jadi sporting haha!

LIKE KALAU SUKA.
Related Posts with Thumbnails