Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Pengalaman pengacaraan event

Assalamualaikum :)

ecehh tajuk topik macam nak best aje hehe :)

but seriously, aku tahu korang mestilah pernah masuk program-program sukarelawan and being at the top management or being a committee right? at least mesti la sekali kan :)

aku selalu jugaklah join program-program macam ni, sejak habis SPM lagi aku dah join program-program kem bina sahsiah diri, kem kepimpinan, kem motivasi, dan lain-lain lagi. bagi aku, untuk menimba pengalaman berada dalam organisasi yang terbaik adalah daripada program-program like i have mentioned before. bukan nak kata kerja dalam bidang korporat tu tak penting, cuma aku nak tekankan yang pengalaman join program-program macam ni sesuai sebagai langkah persediaan dan sebagai 'appetizer' sebelum kita nak masuk alam pekerjaan nanti :)



sebelum ni aku pernah jadi fasilitator dalam group, kiranya kena layan budak-budak sekolah la kan. seriously, aku tak pandai nak layan budak-budak. aku tak aktif dan lagi suka mendengar orang lain bercerita. ada ke budak-budak sekolah nak bercerita kat aku kan? mana ada, so aku fikir i'm not suitable for this kind of thing (=_=) 



aku lagi suka bekerja di 'sebalik tabir' program, bukan di 'atas pentas' program :) sebab tu selalunya aku dapat jawatan bendahari (tu pun yang paling tinggi la aku pernah jadi setakat ni) and Alhamdulillah aku dapat manage jugaklah walaupun tak ade la perfect kan :)


sape kata tak best? best woo~ dapat eratkan silaturrahim sesama sahabat, rakan-rakan baru, tak lupa juga dengan peserta-peserta program :) 

yang paling penting, kita kena ambil pengajaran dan pengalaman daripada apa yang kita telah lakukan. ikhlaskan niat kerna Allah dan untuk kepentingan masyarakat terutamanya untuk generasi akan datang :) merekalah pemimpin masa depan kita, dan daripada sekaranglah kita perlu bentuk mereka dengan menggunakan acuan yakni bentuk pendekatan yang berkesan :)

insya Allah this weekend aku akan pergi berprogram lagi kat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, atau dikenali sebagai Masjid Besi (which i think is kinda weird kot ye pun nak bagi nama timangan :P ) bersama rakan-rakan UIAM saya, BACC PR Division dan collaboration dengan INSPIRE Club, menjadi fasilitator untuk International Islamic School :) doakanlah program tu berjalan dengan lancar ye :)

alang-alang sekali tu, aku nak juga berkongsi peluang dengan korang semua tentang satu program ni :)

insya Allah, Sekretariat Liqa' Asatizah & Dai', iLuvislam.com dengan kerjasama JAKIM, Telaga Biru, Mantop Training & Consultancy serta Saifulislam Training & Consultancy bakal menganjurkan Konvensyen peringkat kebangsaan bersama tokoh-tokoh dan ilmuan-ilmuan agama negara dan juga antarabangsa pada 25 & 26 Februari 2012 di PWTC. 

Bagi mereka yang berminat menimba pengalaman sebagai tenaga sukarelawan bagi menjayakan misi besar ini, anda dialu-alukan untuk menghantar resume kepada email berikut : volunteer@iluvislam.com


Resume anda hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 
  1. nama penuh
  2. tarikh lahir
  3. no. telefon
  4. email
  5. tempat pengajian/tempat bekerja
  6. bidang pengajian/jawatan pekerjaan
  7. pengalaman dalam sebarang pengacaraan event.



Terima kasih kerana berminat untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini.



Sesiapa yang ingin menyumbang, membersih wang riba dan syubhah juga boleh disalurkan untuk program manfaat awam ini.



Ini adalah draft poster yang belum final tetapi disiarkan untuk mencari sukarelawan dengan kadar segera.



kalau ada sesiapa yang berminat, bolehlah beritahu saya sekali ye, teringin nak join sekali tapi lagi seronok kalau ada kenalan dan kawan yang join bersama kan hehe :)

peace out yo, Salam! :)


LIKE KALAU SUKA.

solat selepas haid.

aku tahu yang readers aku kebanyakkannya wanita. so it doesn't hurt if i share this article with you girls :)

sumber: SOLAT SELEPAS HAID - KESILAPAN WANITA!!


 
 
SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN.


Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!


Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )


Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"


Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.


Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..


Dalam BAB TIGA :


" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :


1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.



2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)


HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)


2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.


3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.



Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.



Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
LIKE KALAU SUKA.

Polygamy ada 2 jenis sebenarnya.

Assalamualaikum! :D


wahh tajuk agak menarik yek, tapi tak tahulah isi entri kali ni ada manfaat ke tak. harap-harap iya la k :))



 
semester kali ni aku ambil kursus Pengurusan Keluarga dan Keibubapaan (Family Management and Parenting). ada satu session ni aku kena jadi moderator untuk forum bincangkan monogamy vs. polygamy :D dengar tajuk pun dah agak menarik, lagi-lagi yang stands for polygamy adalah group lelaki dan monogamy dari group perempuan. agak bertelagah kot? time bincangkan tu, tapi xdela sangat, stay cool jek hee~ dah aku jadi moderator, of course la aku kena stay focus pada perbincangan kan, tak kan nak tido kot hua3~ tapi dari topik nih, agak membuka mata dan pandangan aku tentang konsep poligami nih. aku rasa ramai yang dah tahu isu nih, tapi bagi yang tak tahu lagi dan mahu baca, silakan and i hope that these info can be beneficial for you all. :)



Kategori polygamy.
okeh firstly apa itu polygamy? sebenarnya polygamy nih ada dua jenis, polygyny dan polyandry. in general, poligami ni terjadi apabila si suami ATAU si isteri mahu tambah lagi seorang pasangan dalam perkahwinannya dan masih terikat pernikahan dengan pasangan pertama. confuse? okeh meh aku terangkan lagi detail.



polyandry adalah sejenis bentuk perkahwinan di mana ISTERI ada 2 atau lebih suami dalam satu masa. polyandry memang ditegah la dalam Islam, mana boleh isteri ada banyak suami haha! nanti jadi chaotic dalam pelbagai hal. antara yang aku boleh fikirkan, macam kes gambar atas tuh tehee gurau je k :) other than that, dalam menentukan zuriat. kononnya time tu si isteri tengah pregnant, agak sukar la nak tahu yang baby dalam kandungan tuh anak suami yang mana hee~ but it's true, banyak disadvantage kalau isteri ada banyak suami, huru-hara marriage haha! :DD



okeh, polygyny adalah sejenis bentuk perkahwinan di mana SUAMI ada 2 atau lebih isteri dalam satu masa. kategori ini memang diterima dalam Islam, but of course in Islam, it is only limited to and maximum 4 wives only. islam permitted polygyny for men as long as they can treat all of their wives equally and justly. erti kata lain, dalam semua perspektif; makan, minum, perlindungan, rumah, nafkah, masa, semuanya kena adil. bila seseorang suami boleh dan yakin untuk berlaku adil kepada isteri-isterinya, maka dia boleh lakukan polygyny.



Legal cases.
however, aku dapat info yang kadang-kadang tu, bila si suami nak kahwin lagi seorang wanita, mahkamah pun kena involve. ada satu kes, si suami nak kahwin lagi seorang, isteri pertama pun merestui (wahhh~) but then mahkamah tak bagi. kenapa? bila mahkamah check dan tengok dokumen-dokumen gaji dan income suami tu, mahkamah dapati yang suami tu tak mampu nak sarakan dua-dua isteri dalam satu masa. yes, of course la boleh, niat tu ada, isteri pertama restu, tapi pendapatan dia tak cukup untuk sara dua isteri (dan keluarga sekali), so mahkamah tak bagi, dikhuatiri yang si suami tak mampu berlaku adil pada isteri-isteri dan juga pada diri sendiri.


Konsep sebenar polygyny.
lagi satu, konsep sebenar polygyny, or yang orang ramai familiar dengan polygamy nih, telah disalah tafsirkan oleh scholars yang bentangkan cause and effect polygamy nih. and sorry to say, pengaruh barat yang buatkan masyarakat sekarang tak setuju dengan polygamy, or polygyny. sekarang diuar-uarkan yang polygyny tu macam lambang lelaki tu sexist, or gilakan perempuan, which i think is a tuuutt~ sebenarnya, diikutkan dalam perspektif Islam, polygyny diterima kerana tujuan asalnya adalah untuk memberikan perlindungan kepada wanita yang tidak mampu untuk berdiri sendiri. contohnya ibu tunggal, isteri kematian suami dan ada anak, janda, balu, and so on. polygyny juga diterima kerana bilangan wanita exceed bilangan lelaki dengan jumlah yang amat tinggi. aku nak terangkan faktanya pun aku takut tersalah cakap, so sila refer kat website yang aku jumpa nih, EffySaiful. selain daripada tak mampu berdiri sendiri, ia juga untuk lindungi wanita tu daripada fitnah. paham-paham la mulut orang nih memang tak boleh ditutup. at certain times and situation, it is better for the woman to marry another guy so that people would stop commit fitnah upon her.


Praktis dari Nabi Muhammad s.a.w.
ok, ada jugak orang Kristian yang pertikaikan juga, tika zaman Nabi, Nabi pun buat polygyny. ape maksudnya tu? Nabi pun sexist ke? Nauzubillah. kalau kita orang Islam nak jawab, ada ustaz ajar aku supaya cakap yang kita percaya yang Nabi adalah seorang yang syumul, yakni manusia yang paling sempurna diciptakan oleh Allah. lagi-lagi sifat terpuji baginda adalah amanah, iaitu adil. Baginda mampu untuk berlaku adil kepada bukan sahaja semua isteri baginda, juga kepada ummatnya. lagipun, baginda lakukan polygyny hanya selepas kematian isteri baginda Saidatina Khadijah. then baru baginda kahwin lain, tu pun semua isteri baginda dari kalangan balu, janda, wanita kematian suami dan sebagainya, kecuali Saidatina Aisyah. terbuktilah yang Nabi ajar kita supaya firstly, jika suami mampu berlaku adil, then pasangkan niat mahu lindungi kebajikan wanita itu, maka si suami boleh commit polygyny. so, nak panggil Rasulullah sexist jugak? tidak la kan. :)


kesimpulannya, kita kena sedarkan masyarakat yang polygyny bukanlah a bad thing. and i'm not saying that kita kena betul-betul lurus bendul setuju dengan kenyataan polygyny. it depends on the situation. it's not that there should be a saying that every husband can commit polygyny freely, no! rasa macam pelik jugak kan haha! like i said before, only if he can be just and wanted to protect the woman, then he can commit polygyny. :)


i hope it is beneficial to all, thanks for spending some time reading it :)) if you have questions or corrections, please do it in at as most pleaseful and hikmah way as you can :) i'm human, cannot escape from mistakes too :))


oktillnextposttata!



LIKE KALAU SUKA.

kerinduan terhadap Rasulullah.. dan nasyid.

Assalamualaikum. :)


baru tadi baca entri terbaru Hanis Zalikha, memang bergenang air mata aku ;) serius, aku tak pandai berkata-kata, then bila baca bait-bait dalam entri Hanis tu aku sangat terharu. betapa rindunya hati ini terhadap Baginda Muhammad s.a.w., pengorbanan baginda memang tak dapat ditandingi, menunjukkan betapa baginda menyayangi umatnya. ada orang atau pepatah menyatakan yang umat Nabi Muhammad lah yang paling hebat, kerana walaupun Nabi mereka telah wafat, umatnya masih mampu menyayanginya seperti baginda masih hidup. wallahualam, jangan kerana pendapat ramai yang katakan begitu, kita hanya angkat hidung tinggi-tinggi baru nak mengaku kita umat Muhammad. tidak. :) kita memang hebat, hanya jika kita tunjukkan dan buktikan kasih sayang kita kepada Rasulullah kita. :) aku pernah cuba bayangkan, mesti best gila-gila kalau aku dapat hidup tika zaman Rasulullah masih hidup, dapatlah aku tatap muka bersih dan bercahaya baginda ;)


nak tanya sikitlah, yang 'iman' tu sebenarnya 'imam' ke? ke memang betul liriknya gitu? :)
teringat dulu pernah kena tegur dengan Yasin kat satu event kat hotel ni, malu-malu kucing aku dibuatnye ngehehehe~ :P


sama-samalah kita menghayati selawat ke atas junjungan kekasih kita yang tercinta. nasyid dan selawat ni memang my top favourite. rasa bersemangat lagi mahu berselawat. dan teringat jugalah betapa seronoknya era nasyid time aku kecik dulu. dahulu nasyid memang berkembang megah menyampaikan risalah Islam yang benar, menyebarkan kata-kata dan utusan indah tentang Islam. time sekolah rendah dan sekolah menengah dulu, asalkan ada nasyid je seronok satu sekolah dalam dewan tu hehe :)


Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”
[ Hadis Riwayat At-Tirmidzi ]


apa-apa pun, mari kita praktikkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai salah satu rutin harian kita. jangan malu untuk tunjukkan kasih sayang kita kepada baginda. bukan sahaja dengan berselawat, juga dengan mengamalkan sunnahnya. tika kita berkumpul di padang Mahsyar, akan ada satu telaga yang dinamakan telaga al-Kauthar. telaga itu hanya boleh diminum oleh umat Muhammad yang mengamalkan sunnahnya. jom kita belajar sunnah baginda dengan sedalamnya supaya dapat beroleh kesenangan dan bekalan di sana kelak :) *kalau ada salah info minta beritahu ye, saya akan betulkan :)*

LIKE KALAU SUKA.

Maher Zain boleh stay Malaysia kot.

Assalamualaikum! :D


haha i was kidding. lepas dengar lagu Insya Allah Malay version, memang slang dia macam melayu betul :) and i like the Malay version better haha! still, original version is great :D teringat time Maher Zain datang IIUM, macam-macam konfrontasi berlaku. aku tak nak evaluate perkara yang dah berlaku, ada silapnya, cuma kita tak boleh nak tuduh siapa salah.  but hey, benda dah terjadi. yang paling penting, kena ambil iktibar atas apa yang berlaku. k enjoy~



LIKE KALAU SUKA.

tak habis-habis la paderi ni, kedengki dengan Islam ke hape?

aku hangin betui la dengan mamat nih, xde keje lain ke nak buat?

sumber : Paderi cetus semula kontroversi


FLORIDA: Paderi Terry Jones yang mencetuskan kemarahan antarabangsa apabila beliau mengumumkan untuk membakar al-Quran di Gereja Gainesville, kini mahu melancarkan ‘Hari Menghakimi al-Quran Sedunia’.

“Ya, kami akan lakukannya,” kata Jones dalam rakaman yang disiarkan menerusi YouTube ketika mengumumkan rancangan terbarunya. “Kami sudah buat keputusan untuk melakukannya pada 20 Mac mulai jam 6 petang. Jika anda berpeluang, anda yang menggelarkan diri orang Islam yang baik, pada hari berkenaan al-Quran akan dibicarakan. “Kami tuduh al-Quran punca pembunuhan, perogolan dan penipuan. Ia juga bertanggungjawab atas semua kegiatan pengganas di seluruh dunia.

“Secara dasarnya, adalah perbicaraan. Hari pengadilan itu akan diadakan di Pusat Dove World Outreach. Kami cabar dunia Islam untuk mempertahankan al-Quran.

“Mereka kata al-Quran adalah buku keamanan dan agama yang memperjuangkan keamanan. Kami mahu mereka membawa orang yang boleh mempertahankan al-Quran.

“Jika didapati bersalah, empat jenis hukuman diadakan iaitu pembakaran, merendam, mengoyak atau skuad penembak,” katanya dalam satu program radio.
Beliau juga memberitahu, 30 juri akan hadir termasuk penganut Kristian dan Islam, akan membuat keputusan mengenai semua dakwaan ke atas al-Quran.

Laman web Jones, ‘Stand Up America’ mengandungi soalan yang membenarkan pengunjung memilih hukuman.

Jones dan gereja itu menggemparkan dunia tahun lalu apabila beliau mengumumkan akan membakar 200 naskhah al-Quran, pada ulang tahun ke sembilan peristiwa serangan 11 September.

Pemimpin pelbagai agama mengutuk rancangannya. Malah, Setiausaha Pertahanan, Robert Gates mengarahkan gereja kecil di barat laut Gainesville untuk membatalkan acara itu kerana bimbang tindakan terbabit akan membahayakan pasukan keselamatan Amerika di Asia Barat.

Jones membatalkan hasratnya dua hari sebelum acara itu dijadualkan berlangsung. Beliau dijangka mengadakan sidang media pada petang Khamis depan untuk mengumumkan maklumat lanjut mengenai hari perbicaraan al-Quran pula.

Paderi Dan Johnson dari Gereja Trinity United Methodist di Gainesville menjelaskan, tindakan Jones tidak mendapat sambutan kerana dalam episod pembakaran al-Quran itu, penganut Kristian datang beramai-ramai membantahnya.

Bagaimanapun, beliau masih belum mendengar mengenai rancangan perbicaraan itu.

“Saya berdoa dan berharap...saya tidak tahu sejauh mana kebaikannya melakukan perkara itu. Apa yang boleh dirumuskan ialah lebih banyak kerja perlu dilakukan dari aspek persefahaman dan toleransi.

“Ini adalah kerja gila. Ini adalah sesuatu yang asing daripada apa yang diajar Jesus,” katanya. – Agensi

 
Allah Maha Pengasih lagi Maha Melindungi, semoga Dia akan rahmati hambaNya yang berjihad keranaNya. sila sebarkan ye. :)

LIKE KALAU SUKA.

pentingkan diri sendiri : doakan jodoh hanya untuknya

klik untuk paparan besar

pelik aku tengok ayat kat dalam gambar ni. apa mesej yang pengkarya mahu sampaikan? nak dengan pilihan hati juga? ish3.

dah la banyak perkataan 'jodoh', macam dah kemaruk sangat pun ada hehe. bagi aku la, ayat ni tidak sesuai nak padankan dengan gambar tu. kalau betullah nak bercinta keranaNya, x baik berdoa untuk memburukkan orang lain, walaupun teringin sangat la dengan pilihan sendiri. kalau betul cintakan dia, kita akan doakan kebaikan dia dan kita sendiri, bukan macam ni.

oh ya, aku cilok gambar ni dari facebook syahirul.com

sekadar pendapat saya. pendapat anda pula?

LIKE KALAU SUKA.

Maksud sebenar Open Relationship

Sumber : Apakah maksud sebenar Open Relationship?


Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?


Dipetik daripada wikipedia:

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

yang bermaksud...

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Harap Maklum semua.
LIKE KALAU SUKA.

izinkan nana kahwin, boleh??

Salam semua ;))

hehe best en tajuk entri?? ;DD mau x gempak nye aku buat hal lagi hek3~ ;DDD kahwin?? huuu memang x terfikir lagi laa.. *tipu2!* ;DD haha xdela, aku memang awal2 lagi kena sound dengan bapak aku ;)) "bila kena isi borang ape2, nak isi bahagian occupation tuh, selagi nana kena tulis STUDENT, selagi tu jangan nak pikir kahwin lagi yek.. fokus on your studies first!" haha nasihat berbaur peringatan untuk aku daripada abah kesayangan aku hek3~ ;DDD

bukan ape, aku faham maksud abah tu.. dia risau yang anak dia sorang nih x reti nak fokus antara studies dengan perasaan ;)) memang aku sebijik perangai macam bapak aku, so he knows best la, kot?? ;DD abah aku memang jenis yang memahami, apa2 yang aku ajukan atau tanya, dia xkan bangkang terus.. dia akan tanya dulu sama ada aku dah fikirkan tentang perkara tu atau x.. kalau aku selamba jawab x, dia akan tolong fikirkan untuk aku hek3! ;DD xdela, dia akan menasihati aku dulu, slowly ;)) that's what i love about my abah ;)))

kadang2 tu seorang anak ada perkara ingin ditujukan kepada ibu bapa dia, cuma kadang2 tu dia takut akan reaksi ibu dan bapa dia bagaimana.. dapat terima ke x, melenting ke tenang ke, kadang2 susah nak agak.. ye la, anak2 tahu yang ibu bapa mahukan yang terbaik untuk mereka, cuma mereka je yang x tahu dan nak ajukan kepada mak bapak sendiri, takut nanti mak bapak x setuju la, x nak terima la.. last2, mereka berpaling pada rakan sebaya.. apalah yang rakan2 dapat buat?? ini kenyataan yek, rakan sebaya cuma dapat jadi pendengar yang setia, hanya mendengar jek.. nak bagi nasihat atau pandangan, kalau yang dah berpengalaman, xpelah juga, boleh dibuat pedoman.. dibuatnya dapat yang bagi nasihat x tentu hala, lagi nak provok kita supaya pedulikan kata mak bapak, buat ikut suka hati kita.. haisshhh bahaya gak tu..

alamak dah panjang benor lecture aku hek3~ asalnya aku nak share article nih, aku jumpe kat facebook (lagi!) tapi bagi aku, memang inilah luahan hati anak2 yang sesetengahnya tak tahu bagaimana nak luahkan kat mak bapak sendiri.. ye, mak dan bapak nak yang terbaik buat anak2, cuma sesetengah hal tu mak bapak kena dengar dulu apa yang anak2 mahu katakan, bukan buat keputusan membuta tuli untuk kepentingan sendiri.. tapi jangan pula ikut jek kemahuan anak tanpa membantah, cuma nak bantah tu kena guna juga cara yang berhikmah ;)) so, enjoy the article, surat pun sebenarnye ;)) agak panjang la gak hee~

sumber: Contoh surat untuk diberikan kepada mak ayah untuk nikah awal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ana akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap, anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja ajib membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.


Puteramu,
Ajib

LIKE KALAU SUKA.

Mari kita ikuti diet sunnah Rasulullah ;))

Assalamualaikum dan selamat malam semua! ;DD sihat tak?? harap2 sihat la yek, kalau x sehat tuh pergilah makan ubat on time, jangan degil2 nanti mama marah hahaha merepek lagi (=_=)"

kali nih aku nak share info tentang diet sunnah Rasulullah ;) aku rasa ramai yang dah tahu, tapi xpela mungkin ada yang x tau lagi en ;)) kalau dah tahu, anggap je la ni macam peringatan semula, nak refresh balik camne nak diet ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w ;))


sumber : Facebook Sihat Ikut Sunnah

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)


CARA MAKAN:

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.


Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).


Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"


LIKE KALAU SUKA.

Tips buat jemaah haji ;)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua ;)) Alhamdulillah sekarang dah nak masuk musim haji, ye x? ;DD sesungguhnya amatlah beruntung bagi mereka yang dipilih oleh Allah untuk menjadi tetamuNya ;)) aku sangat2 gembira sebab 2 makcik aku and sorang pakcik aku dapat juga menunaikan haji tahun ini ;)) x lupa juga Ustaz Amin pun dapat juga pergi menunaikan haji tahun ini ;) semoga jemaah haji kali ini semuanya berjaya menggapai haji yang mabrur, insya Allah~
entri kali ni aku copy dari Team SK ;))



Semestinya mengerjakan ibadah Haji merupakan pelengkap Rukun Islam bagi setiap umatnya. Sekalung tahniah diberikan bagi mereka yang telah terpilih oleh Allah untuk melaksanakan rukun yang kelima ini. Harus diingat seperkara, berjayanya kita mengerjakan Haji bukanlah kerana kemampuan kita untuk pergi, tetapi kerana ianya panggilan dari Ilahi.

Umum telah maklum, ibadah Haji merupakan satu kembara rohani yang suci yang penuh dengan ujian dan cabaran.

Membicarakan mengenai ibadah Haji, Team SK terpanggil untuk sama-sama berkongsi dengan tuan dan puan beberapa tips dan petua yang boleh dijadikan iktibar kepada kita:

1. Feqah vs Tasawuf
Janganlah kita terlalu menumpukan kepada hal-hal Feqah (terlalu) risaukan melanggar pantang larang dalam ihram sehingga kita terlupakan hal-hal Tasawuf seperti sabar dengan rakan sebilik, sabar dengan kerenah umat Islam yang berlainan bangsa dan pelbagai lagi kerenah manusia di sana. Ini kerana, ujian utama yang kita hadapi semasa mengerjakan haji adalah ujian rohani. Janganlah kita mementingkan diri kita sendiri dalam setiap perkara yang kita lakukan.


2. Mahmudah vs Mazmumah
Banyakkanlah berdoa dan berazam untuk meninggalkan sifat-sifat mazmumah dan hanya membawa pulang sifat mahmudah sekembalinya ke tanahair. Anggaplah anda seperti bayi yang baru lahir dengan ilmu, amalinya dan hidayah Allah.


3. Mekah dan Madinah dewan peperiksaan
Kembara rohani yang suci ini merupakan satu tempat untuk kita pasrah menyerah kepada Allah, sebagai satu dewan peperiksaan yang dijalankan oleh Allah kepada umatNya setelah kita ‘bersekolah’ selama bertahun-tahun lamanya. Semestinya, kita harus lulus dengan cemerlang peperiksaan ini dengan cuba untuk menyerah diri sepenuhnya kepada Allah.


4. Pangkat ‘Haji’ atau ‘Hajah’
Apa yang ingin kita lihat ialah kesan positif dari ibadah ini, kita bukan sahaja dapat pahala dan melunaskan Rukun Islam kelima, tetapi tanggungjawab kita yang lebih besar ialah sebagai umat Islam dalam memartabatkan agama Islam itu sendiri dari segi akhlak, ekonomi, sosiobudaya dan mengembalikan kegemilangan Islam itu sendiri lebih jauh pentingnya dari pangkat yang kita bangga-banggakan, Tuan Haji atau Puan Hajah. Mainkanlah peranan kita sebagai umat Islam iaitu Khalifah Allah di atas muka bumi ini, dan aplikasikanlah ia di tanahair kita.




Selamat Menunaikan Ibadah Haji dan Selamat Kembali.

LIKE KALAU SUKA.

10 petanda dialah jodoh kita ;)

10 PETANDA DIA JODOH KITA


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)



Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile.


LIKE KALAU SUKA.

beringatlah kita di samping beraya

hehe tajuk jek lain macam ;)) huu Alhamdulillah kita diberikan kurniaan rezeki dan kelebihan untuk menyambut Aidilfitri tahun ini dengan aman dan tenang ;)) namun, bukan itu yang aku nak cakapkn dalam entri kali ini..

i watched the news on AWANI and Bernama on Astro.. tengah kecoh bukan jek pasal hari raya, but also pasal International Burning the Kor'an Day yang sepatutnye telah dijalankan.. pemimpin negara Islam ramai yang telah bersuara dan mengutarakan usul agar BATALKAN aktiviti itu.. tapi tu la, bak kata abah aku, orang kafir nih memang jahat, selalu nak cari jalan untuk hancurkan umat Islam.. yang lagi menyakitkan hati, Reverend yang anjurkn aktiviti ni (lupe dah nama dia ;PP ) hanya mahu TANGGUHKAN aktiviti ni, bukan mahu batalkan! maknanya dia tetap mahu lakukannya, cuma bukan pada hari yang sepatutnye, 9 september.. semoga Allah berikan balasan yang setimpal kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti ini, kita hanya mampu terus pertahankan Al-Qur'an, bagaimana?? bak kata perdana menteri Hamas, kita terapkan ayat2 Al-Qur'an dalam hati dan minda kita, kerana Al-Qur'an akan hilang sekiranya kita sebagai hamba Allah sendiri yang x mampu nak terapkan dalam hati kita sendiri..



bukan itu sahaja! sedang kita seronok2 enjoy hari raya kat sini, saudara2 kita kat Palestin sedang bertarung nyawa kat negaranya sebab Israel lancarkan serangan lagi ke atas Bumi Palestin pada malam raya! T_T ya Allah, sayunya aku tengok saudara2 kita bermandikan darah, beraya di hospital, entah esok dapat hidup lagi ke x ;(( dalam kita bergembira tuh, beringat-ingat la saudara2 kita kat Palestin, berjuang habis-habisan pertahankan maruah Islam, sama2 lah mendoakan mujahid di sana ;)


maaf yek, ayat agak skema, sebab entri kali ni agak serius ;)


LIKE KALAU SUKA.
Related Posts with Thumbnails