Showing posts with label pot pet. Show all posts
Showing posts with label pot pet. Show all posts

the reality of the world.

Assalamualaikum.


pernah tak korang rasa yang setiap kali korang buat sesuatu, then berjaya lakukannya sampai memang rasa puas hati sangat-sangat?

pernah kan korang rasa selama ni apa-apa je yang korang buat mesti berjaya. then tiba-tiba sampai ke satu tahap, korang rasa yang tiba-tiba ada buat silap, then all of a sudden, semua benda korang nak buat lepas tu sume jadi tunggang-langgang, ada je yang tak betul, tak puas hati la bagai?

well i'm one of the victim of this kind of situation.

keadaan aku sekarang tak berapa baik la sebenarnya. meaning that emotionally unbalanced. bukan gila, but unbalanced. sekarang apa-apa yang aku nak buat, apa yang aku nak capai, selalu tak dapat dan terlepas.

time aku kat sekolah dulu, boleh dikatakan aku seorang yang amat berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri. averagely la. aku mampu untuk skor dengan baik dalam pelajaran, hubungan antara aku dengan guru-guru aku pun baik-baik aje, dengan kawan-kawan pulak lagilah terbaik. aku bangga, tapi bukan riak. aku hanya suka dengan keadaan aku tika itu, di mana aku rasa aku tak mahu minta banyak dalam hidup, hanya nak tumpukan kepada diri aku sendiri, belajar untuk skor SPM, and didn't give a damn about life after i walked out of the school.

then Alhamdulillah aku dapat result yang memuaskan dalam SPM, aku target untuk dapatkan A dalam subjek yang aku minat untuk belajar tika itu. oleh itu, aku senang diterima masuk dalam universiti kerana syarat-syarat kelayakan aku memang lengkap.

as expected, i was naive back then. aku tak tahu rupa dunia. aku ingatkan yang dunia aku time bersekolah dulu boleh la lebih kurang macam aku nak masuk universiti nanti. but then, it was the complete opposite. semuanya aku kena buat sendiri, kawan-kawan sekolah dulu dah tak ada di sebelah untuk tolong aku, kena update sendiri dengan events yang penting. mungkin inilah kejutan budaya yang orang selalu perkatakan dulu. i was in denial mulanya and keep thinking that i can do this. i can manage myself to be a better person. i thought i was strong enough, but then i knew that i was WRONG.

bila dah berdikari ni, kadang-kadang kita perlukan satu suis dalam minda kita untuk alert yang we're in the real world, bukan zaman sekolah lagi. kita dah besar, bukan budak-budak lagi. transitions take time for you to adapt, but don't take too long because you might get left behind. macam aku, aku lembab sangat dan effect yang aku kena tanggung? my studies, my future, my life. semuanya aku kena pertimbangkan semula. aku kena reflect myself again and ask myself, WHAT DO I REALLY WANT? what do i have to make myself a useful person? what is my real passion, my real dream?

and of course hal ukhrawi jangan dilupakan. di samping kita beramal di dunia, kita selarikan dengan objektif untuk kejar akhirat, kerana akhirat juga yang kekal abadi. 
LIKE KALAU SUKA.

gambar, mekap, wanita, lelaki?

Assalamualaikum! :)


selama aku berblog dah hampir 2 tahun (blogger yang separuh aktif yek), aku dok perhatikan je kerenah-kerenah blogger yang ada kat malaysia nih.

rata-rata yang aku nampak, ada yang cepat femes macam ben ashaari, fatin liyana, elia awek gol keeper malaysia, hanis zalikha, and so on. ada jugak yang dah lama berblog tapi baru sekarang jadi fofular, macam ariffshah (yeke?). tak kurang jugak yang dah lama berblog tapi tak femes-femes, macam aku tehee~ :P kan dah kata, separuh aktif jek :P

and aku nampak ada satu element yang buat aku terfikir-fikir sampai sekarang. aku ada bahagikan kepada dua kategori (aku suka peta minda). blog lelaki dan blog wanita. dan faktor pendorong, pictures,yang bermaksud gambar :P

aku tengok blog lelaki kalau tak letak banyak-banyak gambar diri sendiri pun boleh jadi femes. contoh terbaik aku boleh amek, bro theotherkhairul. pada pendapat aku, entri-entri dia semuanya jujur, berdasarkan pengalaman dia, atau pendapat dia je. yang aku nampak jugak, xpernah pun dia letak gambar muka dia kat blog, tapi disebabkan entri dia yang menarik, ramai yang suka baca. aku respect dia nih, kalau sekali tegur, memang kena direct dan dia tujukan kepada umum, bukan nak condemn sorang-sorang blogger yang macam sesetengah blogger buat.

ok move on. then aku tengok blog perempuan, memang tak sah kalau tak letak gambar muka sendiri dalam blog. maksud aku dalam entri la. dah kata personal blog en, of course nak cakap pasal daily routines or event yang happened. yang aku rasa aku tak pernah nampak adalah ada ke blogger wanita yang tak banyak letak gambar diri sendiri dan yang femes atau dikenali? ada tu ada, tapi tak seramai seperti blogger lelaki. aku hengat nak la jugak jadi macam tu, tapi entah la, belum sampai masanya lagi kot teheee~ segan woo nak letak gambar muka sendiri dah, dibuatnya ada stalker hendap-hendap gambar aku haha! :P




okeh bab mekap plak. aku ada baca entri bro khairul, cakap pasal mekap dan wanita. betapa sakitnya mata tengok wanita yang pakai mekap tebal-tebal. aku akui, aku pun sakit mata tengok wanita yang mekap tebal-tebal. kalau tengok artis-artis yang mekap tebal tu, nampak cantik kan? haha bab tu kena tipu la beb. tau kan ada adobe photoshop?? kebanyakan gambar-gambar yang kita tengok kat iklan la tv sume tu, dah di-edit oleh professional. macam mana nak advertise and market cosmetic products kalau kulit model tak licin, betul x? (dah masuk bab market :P) sebab tu bila aku tengok iklan-iklan cosmetic sume tu aku rasa kena ejek woo, rasa ditipu ngahaha~ sebab kulit aku nih super sensitive, nak tempek bedak pn tak boleh, nanti kulit naik merah-merah and irritated.




bila fikir-fikirkan balik, bagus jugak dikurniakan kulit yang orang kata macam kulit orang sakit, tempek-tempek sikit terus sakit hehe~ xdela aku risau nak beli cosmetic product itu la ini la. tak de la bazir duit aku. yes people said it is up to us la nak pakai mekap ke tak, xdela nampak kulit tak bermaya kan. well darling you are right, kalau kulit nampak pucat tak bermaya pun susah jugak, nanti tak de laki nak approach kekeke~ but that's my point. kalau setakat pakai mekap untuk tarik lelaki ajnabi nak ngorat kita, kan dah berdosa? tau tabarruj tu ape? tak tahu, len kali aku terangkan :P setakat pakai la cosmetic yang buat kita cantik from the inside macam buat kulit lagi ceria ke, so tak perlulah pakai mekap yang maksud aku tempek-tempek bagai tu. yang tu la tak boleh. belilah skincare yang boleh tonjolkan natural beauty kita, jaga kulit kita dari dalam. bagi aku, itulah wanita yang betul-betul cantik, tak perlukan unsur luaran untuk nampak cantik. :)



ok i'm getting off topic. tadi cakap pasal gambar kan? tiba-tiba pasal mekap haha whatever~ :P

oktillnextposttata!
LIKE KALAU SUKA.

kalau tak follow back, ape kisah?

Assalamualaikum! :D


huu isu sensitip. maybe not? entah la.

aku x sukaaaaa sangat-sangat bila dapat quote "i follow u, u follow me back k.." WTH??



kiranya macam buat aku rasa yang semua followers aku nih tak ikhlas la nak tahu updates pasal aku or blog aku?? pffftt. aku ape kisah. memang followers seperti salah satu kayu ukur sama ada blog tu laku or best ke tak. tapi tu salah satu jek, bukan keseluruhannya. kalau betul la blog tu best atau bermanfaat, mesti blog tuh femes sebab ada blogger lain buat review pasal blog tu, bukan semata-mata kerana jumlah follower tu cecah hampir ratusan atau ribuan. mentang-mentang la blog aku hanya cecah 100+ haptuihh! ngahaha~


ada kes jugak, bila aku tak follow back, dia terus unfollow aku. ngahaha ape kes??? sentapnya wehhh sentap! tapi aku ape kisah. (lagi). sebab aku hanya follow blog yang betul-betul best dan cool. and i know blog aku tak cool or best, but at least entri-entri aku sume aku luahkan dengan ikhlas, bukan dengan harapan untuk kejar fofulariti. that's anyone else's credibility of doing so, not mine, aku takde aura gitu ngahaha~ :P


the point is, kalau kita sebagai readers, ikhlas nak follow sesebuah blog tu, follow la dengan seikhlas hati. bukan kerana sekadar berharap yang blogger yang kita follow tu akan follow blog kita pulak. yang penting, bagi aku, JUMLAH followers hanya NOMBOR, kalau betul-betul follower tegar, dia akan baca entri kita tanpa rasa bosan dan akan support kita :)


till next post, tata!

LIKE KALAU SUKA.

happy birthday ed! ouh2 and my wish list!

Assalamualaikum! :D

hee okeh kali ni befday of my another reaalllllyy good friend, FADILAH BASIRON!! :D phewiitt~ :D ed pun kawan lama aku sejak al-huda lagi :) that's why i cherish her a lot! :D hampir 10 tahun kenal, so i love u beb! :DD


ni time 2008 kot, tak ingat. suprise party for ed :) muka x matured tapi muda lagi nih hee~ :D


but then after 2 years......



ahaaa kurus la youuuu~ :DD hehe seriusly aku suka gambo nih, nampak ayu lagi hee~ :DD


HAPPY BIRTHDAY DARLING~
MAY ALLAH SHOWERS HIS BLESSINGS UPON YOU AND MANY YEARS TO COME :)


ahaaa esok pulak (actually 20 minit lagi hehe~) ade agenda lain. lu pikir la sendiri :P

my wish list for this year:

1) to have better relationship with dear God :)
2) improve in my studies.
3) able to contribute better deeds to parents and family.
4) iphone or blackberry :P
5) an espresso machine :D
6) an audio set; radio and music cd/dvd player, speakers, etc.
7) TVXQ's new album - why? :D
8) maxi dress.
9) new pair of jeans.
10) chanel perfume chance.
11) hong kong disneyland :D
12) go to sydney.
13) have a spa treatment; i really need a massage!
14) skin treatment; my skin is very sensitive, i dunno what is should do T_T
15) having a nice dinner with special service :)

haha they are just wishes. but if i can have any of these then it would be great :)

ok till next post, tata! :D
LIKE KALAU SUKA.

special month of the year :)

Assalamualaikum! :D

yeayyy it's March already, my month of the year because next week is my birthday haha! as simple as that :P i think i'm gonna have a blast this month :) i'm gonna be 21 this year, so that means after whole 5 years my family is gonna have that 'special' birthday celebration for me this year, insya Allah~ :) really looking forward to it! :D



changmin oppa, saranghae~ *tiba-tiba* kan best kalau dia wish birthday specially for me kyaaa~ :PP


current mood : nak buat wish list for this upcoming b-day! :D

till next post, tata!



LIKE KALAU SUKA.

ada apa dengan blog?

Assalamualaikum! :D

dah lama sangat x update, so agak terkial-kial nak mulakan ayat ngahaha padan muka! T_T


isu terbesar sekarang? pasal pelacur tu ke? malas nak masuk campur. ada 9 akal, tapi 1 pun x guna, baik x payah ada akal en. taraf haiwan pun lagi mulia rasanya :P maap, ayat pedas, sape gigit cili terasa la bahangnya kan? :P


bagi aku blog ditubuhkan kerana seseorang itu mahu luahkan pendapat, x pun untuk melakarkan penulisan untuk tatapan dan manfaat orang lain, ye tak? macam aku, tujuan aku berblog bukan untuk tarik perhatian blogger lain. fofulariti tu bagi aku hanya rezeki, kerana tarikan blogger tu sendiri yang menyebabkan blogger lain berminat kepadanya. aku hanya mahu luahkan pendapat yang mana aku rasa kalau relevan dan perlu, maka aku blog. tapi aku jenis pendiam, so x banyak la entri aku selalu buat. aku lagi suka memerhati dan menilai orang lain. tapi malaslah nak buat review, baik aku inbox terus kat penulis kan :)


ape-ape hal, yang pastinya aku berpihak kepada yang relevan dan benar. bak kata nazirulhazwan, matlamat x pernah menghalalkan cara. aku respect beliau :) dan juga ben ashaari, bila mengkritik atau menegur, xpernah naik mana-mana nama :)



LIKE KALAU SUKA.

m0ntena ke m0nteLna?

Assalamualaikum! :D





minat ke hannah montana? aku tak minat pun sebenarnya. aku x percaya sangat dengan propaganda teen pop idol gitu. idola ke? hampeh la weh like seriously. manusia macam kita, mesti ada buat silap jugak nanti.





macam ariel peterpan. punya la orang kata idola la bagai. then bila buat silap satu langkah baru, dah kena condemn terus, masuk penjara bai. jangan terlalu memuja orang lain seakan-akan dia tu la idola pujaan hati korang, tak kemana nye. sekadar minat kerana bakat yang ada, it's ok la for my opinion, cuma jangan dipuja. kelak merosakkan diri. tapi aku kesian jugak la kat ariel. kan dah kena 'cash' kat dunia nih. so, pandai-pandai la jaga diri yek korang, jangan nakal-nakal~ kesimpulannya? jadikan Rasulullah s.a.w sebagai idola, barulah korang takkan menyesal hehe~ i'm not saying that i'm perfect, not into this kind of thingy and stuff. but as a human being, it is good to give advice and alerts to others, as it gives reminder to the person who advises too. :)


ok ok back to the story. maap yek, aku selalu macam ni, terpesong dari cerita asal, ada jek nak membebel sikit. so, kenapa nama blog letak gitu? meh sini cek habaq kat ang. hehe tak pandai kecek la, lupakan jek.


tak pernah pun ada orang lain panggil aku guna gelaran ke hape ke. tak pernah. nama manja aku nana, tu pun family and close friends je la yang panggil. until one day. pija nih member aku kat matrik uia nilai, sebilik sejak sem satu lagi hee. entah la kenapa tiba-tiba dia panggil aku hana m0ntena! at first i was like whattt??? kenapa nak kaitkan aku dengan minah kecik tuh? jauh panggang dari api ngehehe~ then lama-lama terjebak la dengan member-member bilik aku tuh. aina, fiza, fad, sab, semuanya panggil gitu, kadang-kadang je la. aku layan jek, member punya pasal en hehe~


and then, aku letak la kat blog aku title hana m0ntena. oke, dah sebati kot, tapi wat dek je. tiba-tiba datang pulak si pyan nih. member sekolah rendah aku, sahabat sejati aku hoho! :D dia pulak gelar aku hana m0nteLna! O_o aishh tau la aku tombam, nak bagi aku montel pulak. tapi difikir-fikir, comel gak en, m0nteLna~ ngehehe~


tapi apa-apa pun, gelaran hanya nickname je untuk aku. but please jangan panggil as if tu memang nama aku, tak suka. because i'm not like that girl, i'm not a superstar, so beat it.


ok till next post, tata titi tutu~ :D

LIKE KALAU SUKA.

kata-kata aku.

Assalamualaikum! :D


entri simple je kot malam ni hehe. nak membebel panjang, sangatlah tak reti. serius, aku pendiam sebenarnya. my mom pun cakap yang dulu aku nih lambat start bercakap, dah nak umur setahun baru boleh bercakap T_T sebab tu la maybe entri aku semuanya agak boring, which i don't mind at all. i treat it as a hobby, at the same time as my own personal practice to improve my ways of talking and perhaps learning new vocabs :D


anyway, as the title was stated, kata-kata aku, which means my words, that i wanted to state here in my entry. personally i may looked like a nice person. but apparently i'm not quite like that. my friends always thought of me as a nice, kind and supporting nana.


truthfully, when i got mad or moody or sensitive, my words or particularly my mouth will play its part. at some times, i will shut my lips and let my mind thinking of things like ' i wanna crush this girl, maybe like shoot her or something and dump her on that large garbage bin behind my campus ' haha! or sometimes i will just say it out but not too loud, and my words are really sharper than you might think. i mean, seriously, one of my friends said like this, ' nasib baik la i ni jenis penyabar, kalau orang lain yang dengar kata-kata u ni memang dah sakit jiwa kot. '


true, yeah, until you can reach that point, dude. when i looked back, yeah it's true. maybe on this blog you will never found it, because i have tapis it la haha! :D however, i'm not pointing out that i'm a mean person, no. it's just that whenever i feel irritated, i will act that way. and for that, please don't judge me in a way that you all might think i'm such a terrible person. ;(


well, i'm sure that all of you have your own way to express your anger or irritated feelings, right? if you mind, share it with me! (kalau ada la, selalunya tak de wa3!)


ok until next post, tata~



LIKE KALAU SUKA.

aku suka maria elena.

whoopsss nanti Dato' marah :D


Assalamualaikum! :D


don't get me wrong, i love her style laa. i mean, cara dia bergurau, sarcastic but true :) i am totally agree with her on her latest entry about selaraskan cuti and pengambilan students on september only. memang susah la aku nak mintak keje nanti adehhh too much competition la, pening jugak untuk employers, banyak sangat job application nak kena layan, nak evaluate satu-satu lagi huh! kira kalau dapat keje tu memang lucky gila la. dah risau neh T_T


ok ok, whatever la, yang penting aku berusaha jugak nanti hehe. as i was saying... err what is it? aha! maria. aku layan blog dia sebabkan myza yang kenalkan dia. yup, aku lambat sikit bab-bab blogging nih, bukan malas, tapi takde masa haha! :P semua blog-blog yang best-best bukannya aku yang discover sendiri, thanks to my friends la yang kenalkan hee peace~


before that, kalau you all x kenal maria elena memang kesian la kot, same jek macam aku dulu-dulu haha! :D i love her style, the way she put things around making fun about things but in a most kindly manners. i know girls that behave like her, even my cousin is like her, exactly the same! that's why i love to keep her as my entertainer, in a good way, when i feel a lil' bit blue sometimes ;) and she does vlogging. aku teringin nak cuba, tapi aku shy-shy cat la haha! :P i like the way she explains things, especially on PMS-ing :D it is one of my favourites :)





she does gave good information, especially for those guys out there. u go girl! :D


personally, for me, she is quite a sweet girl. watch this vid, maybe u guys will think the same too :)




they're sooo cute together :DDD


if u guys love to layan someone that is selamba, cute, sporting, kind, and sweet, layan la blog dia, read to her celoteh and babbling :) i meant in a good way kak maria! :D


ok till next post, tata~

LIKE KALAU SUKA.

Yang di-Pertuan Agong ada iPhone tak?

Assalamualaikum! :D



aku harap aku x kena tahan la sebab buat entri nih. takut tapi mahu~ wink2 :P dan jangan terkejut aku tanya soklan gitu. aku terfikir jek tu sebenarnya :D sebab bila aku teringat kat Agong (cehh rakyat prihatin! :P ) mesti terserlah beliau sebagai satu ikon tradisional negara kita :) tapi sekarang zaman moden kan, mesti la ada! tahapapela nana nih! :P hehe~ 

tanpa Agong, siapalah Malaysia, ye tak? :D aku respek kat Agong Sultan Mizan, muda-muda lagi tapi mampu manage negara kita sendiri. lagi-lagi anak beliau, terus jadi pemangku sultan Terengganu tuu~ :D (pemangku ek? aku lupa daaa~)




tapi en, ada la persoalan yang aku tertanya-tanya jugak dari duluuuuuu lagi :D warna kuning en dikaitkan dengan kerabat diraja kan. aku nak tahu la, boleh ke kita pakai baju kuning gak kalau pergi event atau function yang Agong pun turut ada? xpe ke? sebab aku ada pergi satu event nih, pelancaran gold products oleh Genneva.


Tun Mahathir at the launching of the Syariah Compliant GENNEVA MALAYSIA Gold Products hosted by the Malaysia-Saudi Arabia Friendship Society 15 Dec 2010.


(Paling kiri - Tuan Hj Ahmad Khairuddin Ilias, President Malaysia-Saudi Arabia Friendship Society. hehe presiden nih bos makcik aku, dari kecik lagi aku selalu main-main kat ofis dia hehe thank you bossss~ :D)


ok as i was saying, aku pergi ke event nih. event corporate tuh, segan-silu aku dibuatnye hehe pelajar universiti nak pergi event camnih, guna orang dalam aje laa~ :P yang semeja dengan aku pun businessmen belaka, cakap pasal gold la ekonomi la, kitorang nih ternganga je la dengar hik3~ :D okeh so, sepatutnya Agong yang lancarkan products nih, tapi beliau x dapat datang pulak, ada hal lain, so instead bagi la Tun Mahathir yang lancarkan ;)


mulanya aku nak pakai baju kurung moden aku warna kuning tau pergi event nih, saje je la nak matching, gold = kuning! :D haha gedik! then makcik aku tanya, xpe ke pakai baju kuning, Agong kan ada? huhu aku pun no komen, pakai je la baju coklat time kenduri kakak aku dulu tu hek3 :P tapi tu la, last2 Agong x jadi datang T_T xpela, xde rejekiii~ :P ape-ape pun, kalau Agong ade twitter, aku nak follow~ :D haha!


so, persoalan tu masih terngiang-ngiang dalam kepala aku, tapi wat dek je la :D

LIKE KALAU SUKA.

kisah aku dengan jam lopek.

Assalamualaikum! :D

(ni entri poyo sikit, tapi kalau suka sila LIKE :D )

apa khabar readers and followers kesayangan aku sekalian? :D harap-harap sihat la ye. aku pun sihat walafiat, Alhamdulillah~ :D

tadi aku baru abes midterm exam subjek Desicion Science. fulamak soklan best gile, teramat straight forward! aku rasa kalau ramai yang fail gak memang madam tension gile la kot hehe relax ek madam~ :D


ok2 aku nak cerita something nih. (lagi?) pasal kegilaan aku sebenarnye, aku jek yang kadang-kadang sedar, kadang-kadang memang x sedar. kawan-kawan aku sume perasan la jugak, aik tukar jam tangan lagi? hehe~ memang aku suka kumpul jam tangan, bukan jam loceng yek, xde maknenye pun ngehehe~ teringat jap pulak time kecik dulu aku ada jam loceng doraemon! hehe bila alarm berbunyi kuar bunyi lagu tema doraemon tuh. bangun-bangun tido jek aku asyik ternampak doraemon jek, sebab tu x tahan lama jam tuh, dah aku asyik bantai jek doraemon tuh asyik kaco aku nak tido ngehehe~


back to the story, aku suka jam tangan. benda ni aku dapat dari bapak kesayangan aku, Abdul Mutalib :D dia pun suka kepam jam tangan. tapi dia punya yang ori la, haku punye setakat lopek je la ngehehe~ sebab tu aku ada lagi banyak koleksi jam tangan berbanding abah aku, sebab dia punya yang ori, ofkos la tahan lama, ada yang sampai tahan 10 tahun. aku punye tahan 10 hari jek wahahaha! :D ok2 tipu jap di situ, tahan la jugak lebih 10 minggu teheee~ :P


mata korang tajam en :D so sila kira sendiri berapa banyak jam yg ada dlm pic ni :P


ni koleksi jam tangan yang aku dapat jumpa dalam khazanah aku yek :D kiranya sebelum ni ada lagi, tapi dah hilang atau dah buang :P korang perasan x? oh tak ek, ok xpe2~ :P jam aku banyak yang warna pink+silver+putih kan3? :D aku suka kaler pink and putih la jugak, so kebanyakannya aku beli warna gitu la. semua jam ni bukan aku yang beli sendiri hehe ada yang hadiah orang bagi, ada yang friendship simbolic :) dan ada la jugak pemberian ikhlas dari orang lain :D macam2 style and jenis jugak la aku pernah pakai. dalam gambar tu, ada yang style jam cincin, dari jauh tu mak n abah aku bawak, dari Mekah hehehe tapi pakai kat jari la yek, dah kata cincin :D agak besar la pakai, sebab tu aku pakai seminggu jek teheee~ ada jugak yang style gelang, aku suka sangat. sebab dapat tipu orang lain ingatkan tu gelang, tengok2 jam! haha~ x kelakar en, huhu tau sangat~ :P


tapi isunya bukan pasal banyak jam ke tak. aku rasa ada jek yang sepesen dengan aku kat luar tu, suka kumpul jam. cuma isunya, kenapa jam lopek? ok meh aku terangkan konsep aku suka beli jam lopek yek. bagi aku la en, jam lopek ni lagi seronok la, dari segi nak tukar2 style and preferences korang la everytime nak tukar jam. lagipun dah kata lopek, kira murah la en. aku selalu beli kat Time Square, memang port aku nak usha2 jam tangan la beb, rambang mata aku nak tengok, then last2 aku rembat yang 10 hengget je la teheee~ :D  bila nak tukar2 style tu, jangan la beli yang sama style macam yang korang dah ada. cuba beli yang ada kelainan sikit. sebelum ni beli yang tali getah, cuba kali ni try yang besi punya pulak. kalau x suka, xpe, korang boleh jual balik kat kawan2 ke, x pun bagi kat kawan ke konon2 tu nak bagi hadiah la teheee~ atau kepam je la hehe but still, bagi aku, x rugi sangat la, dah kata jam murah hehe~

tapi kalau jam tangan nih, aku suka pilih sendiri, x berapa minat kalau orang lain yang pilihkan atau beli. sebab dorang beli ikut citarasa dorang, bukan kita sendiri kan. sape yang nak pakai, aku ke ko? teheee~ :D tapi kalau dapat jam yang couple tu pun comel gak en? yang laki gabak besar, pompuan punya kecik comel-lote hehe~ :P oh2 aku teringin sangat nak jam tangan Solvil Titus, design nya sangat cantik memikat tertarik! :D


oh panjang dah yek entri nih :D seronok pulak aku crite benda2 yang nampak kecik isunya, tapi bila dibangkitkan, ada rasional atau point jugak en, ye x? :D ok until next post, adios~ :D


nak pergi makan yoghurt j.co pulak nanti yeayyy!! haa update pasal yoghurt pulak, nak?? :D

LIKE KALAU SUKA.

entri permulaan.

Assalamualaikum! :D

rasanya memang dah lambat, but what the heck. happy new year 2011! :D 


 
dah masuk tahun baru, mesti ramai bertanya, ape azam baru? hoho not for me la. azam tahun-tahun lepas pun x tercapai nak buat yang baru buat ape kan. for me, it's just a number, nothing in particular or special about it. still, it's just a number. memang cantek, 1/1/11 tehee~ :D whatever, call me an unenthusiastic person, beat it. i love the energy, semangat tahun baru, yeayy. cuma kena beringat juga, semangat tu bagus, cuma yang paling penting kita kena LAKUKANNYA.


fail to plan is plan to fail. familiar with that?

 
so, sempena awal tahun ni, aku ingin ingatkan kepada readers and followers tersayang, keep the spirit, and do it! :D oh2 dan untuk santapan tahun baru, tengoklah perangai anak buah aku nih, memang aktip semacam :D




notefoot:  teringin nak kahwin tarikh ni = 1/3/13 haha lawa gak en? :P

LIKE KALAU SUKA.

hanyalah bebelanku...


huk3 asyik x sempat jek nak update blog weee~ T_T nak kata busy, oh tidakk i have plenty of time!! even Tun Dr. Mahathir pun ade masa untuk menulis hehe kenapa aku cakap pasal dia plak?? O_O oh kalau begitu kenapa yarr??? O_o ohh malas?? ye ke??? haha merepek lagi T_T

ohh hutang!!! kenapa sem nih aku banyak berhutang dengan orang lain yek?? huk3 kawan2 aku sumenye baik2 belaka, suka pinjamkan aku duit dorg, sampai beratus-ratus dorang bagi pinjam huk3 T_T merekalah ceti paling haram halal yang aku kenali hahaha!! :DD kena kumpul duit nih, nak harap PTPTipu PTPTN tu memang dah xde harapan!! :P

financial calculator?? aduyaii kenapalah mende alah tu ade.. kan dah kena beli hoho~ orang lain kata untuk kemudahan time jawab exam nanti.. dibuatnye hilang ingatan nak ingat formula sape susah?? O_O haha tapi kenapa mahal??? x boleh ke kementerian pendidikan belanja setiap student 1 kalkulator tu?? boleh la dorang rangka finance masing2, kan senang.. haha!! :DD x pun kan, belanja bagi buku2 free, kan sedekah?? haha! :PP

ok itu aje bebelanku, kesian korang kena baca huhu~ :P 

LIKE KALAU SUKA.

Pendekar seabad 6???

haha baek punya ayat! ;DD

aku tengah check kat referral aku, kat stats dashboard tu en.. macam biase aje la, aku punye referral sites banyaknye dari blog abg ben ashaari, ayunar, dan google jek hehe.. blog aku biase2 jek, so memang patut pun la weee~ tengok kat search keywords la plak.. aik??




cuti-cuti cinta tu ok la, sebab aku ada buat entri pasal movie ciplak tu hehe sila refer kat entri hangat aku tu yek hee~ sungkyunkwan scandal, biase je kot? sebab aku ada letak pasal JYJ cakap melayu kat entri sebelum ni (ini punya hal hanya budak gila korea je yang tau ;DD) then ntah dari mana la term pendekar seabad 6 ni datang, aku pun tarak tahu maa~ ke ni nama movie ke ape2 ke yang aku ketinggalan???



LIKE KALAU SUKA.

[MOVIE] Rapunzel + Family and frenz day out!

5 STAR!


hehe aku sukeee sangat2 movie ni, aku suke tengok Flyn a.k.a Eugene hehe hensem kowtt~ ^_^ and the chameleon, sangat2 comel, i want that too! ;DD memang ringankan kepala otak aku yang tengah serabut+biol nak tunggu result exam nih huk3 T_T tengok in 3D, ok la kot, tengok dalam 2D pun ok jek ;)) puas aku gelak tadi haha macam wayang tuh aku dok sorang je kot wa3~ ;PPP

tengok kat Wangsa Walk jek, malas nak pergi jauh2, lagi2 hari ahad en huhu~ lepas tengok wayang, pergi melantak makan sushi pulak kat Jusco AU2 hehe ;)) makan pun berborak2 sambil gelak2 hehe naseb x tersembur makanan haha senonoh la sikit nana oiii~ ;PP ape2 pun, i love my family and frenz the most! :DDD


hee dengan yanyan jugak ;DD


zetty and aina ;)


kak huda, mak ndak n obee



main chopstick plak, padahal budak kiri bertudung itam tuh xreti nak guna chopstick haha! ;DDD and i looveee this pic the MOST haha ;DD



LIKE KALAU SUKA.

Maksud sebenar Open Relationship

Sumber : Apakah maksud sebenar Open Relationship?


Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?


Dipetik daripada wikipedia:

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

yang bermaksud...

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Harap Maklum semua.
LIKE KALAU SUKA.

Happy Birthday Tyra~ :)

ohhh tyra!!



hehe oopsss! bukan Tyra Banks kayyy~ ;PP but i still like her, she's so sporting and nice and funny~ ;DD



hehe disebabkan aku xde gambar kawan baik aku nih, nak cilok kat fesbuk dia pun dia x letak pun gambar dia hehe jangan main-main wooo~ muslimah sejati nih hehe~ aku biase2 jek hehehe~ ;PP so aku scan je la gambar lama kitorang time Hari Graduasi darjah 6 SRI AL-HUDA sesi 2002 dulu hehe ;DDD adehh muka aku memang x matured kot time nih hehe memang la, kanak-kanak ribena dulu kot!! ;PP


hehe so, on this date, 2nd of December 2010, dah berumur 20 tahun kawan aku nih (hehe kantoiii~) i wanna wish my friend, a very good one, Athirah Muzani binti Ismail Muzani, a blissful and prosperous birthday ;)) may Allah showers His blessings upon you and may happiness follows in many years to come ;)) i love you bebeh!! hehe~

saje je nak wish lambat.. memang ingat woo birthday you, tapi saje mahu wish lambat-lambat, so that you will remember this hehe ;DD i love you till the end, my dearest friend~ ^_^

LIKE KALAU SUKA.

CIMB kesayangan semua..?



bak kata bapak aku, 'bank CIMB nih en bank 1Malaysia'... haha yeke???

C  =  CINA
I   =  INDIA
M  = MELAYU
B  =  BANGGALI!!

haha gurauan semata ;)) tengah bosan xde idea nak tulis ape hehe~

LIKE KALAU SUKA.

oyeaahhh~ MAMMA OLYN!!


wo0oott2~ ;DD hehe tahniah kepada follower ke 100 saya, MAMMA OLYN!! ;DD terima kasih jugalah kerana sudi jengah dan follow blog saya yang x seberapa dan biasa2 nih ;)) jasamu dikenang hehe ;DD


okeh special untuk mama olyn, aku akan buat review blog dia ;) kenapa special sangat eh?? hehe bukan ape, aku suka menghargai follower dan readers aku ;) kalau ada readers yang comment atau sekurang2nya tinggalkan jejak kat blog aku, aku akan balas balik, sapa mereka balik ;)


mama olyn punye blog diberi nama SIMPLY MAMA ;)) memang simple pun blog dia hehe orangnya pun simple, tapi cantik kot!! hehe blog dia still baru lagi, baru ada 17 followers, so ape lagi?! meh la follow dia ramai2, kenal2 ngn dia ke ;)) dah berkahwin, ada 2 orang anak yang comel2 ;)) ape yang dia letak dalam blog dia?? haaa macam pengikut dan peminat setia Mat Gebu nih! ;DD dia paparkan resepi dia hehe~ ;DD nampak sedap2 sangat, terliur aku tengok anak dia makan muffin coklat n banana tu hek3~ ;DD ada banyak lagi resepi! agar-agar nescafe, mee gorang mamak, blackberry blueberry muffin, tiramisu delight, spagetti, dan macam2 lagi! ;))


rasanya tu jek kot aku boleh review hehe ;)) jom terjah blog MAMMA OLYN ;DD

LIKE KALAU SUKA.

baik jadi blogger daripada jadi artis

Assalamualaikum ;))


tadi aku bace blog abg Ben Ashaari.. ternampak dia buat entri pasal Fasha Sandha sambut Halloween tuh, dengan pakai baju terdedahnye, x tutup dadanye, kononnye macam Genie in the bottle la gitu, meluat aku tengok! ;PP daripada bertambah lagi dosa aku cakap pasal dia, korang bace je la kat entri BA : Letih nak bicara pasal artis nih ;) dan kenapa perbuatan FS tu dikecam oleh orang ramai? so aku nak share info pasal menyambut atau mengucap selamat untuk kaum dan agama lain dari Islam, boleh refer kat website DRMAZA ni ;)


haha refer balik kat tajuk entri, betul x kalau aku cakap camtu? ;DD yela, cube bandingkan antara blogger dengan artis, x banyak sangat en bezanya.. cuma cara korang nak capai sesuatu tu je yang lain ;)) ok2 contohnye... :


1) JADI DIKENALI, ATAU IDOLA..?? haaa ape susah2 sangat nak jadi artis baru boleh dapat jadi idola kepada orang ramai?? cube tengok kat Ben Ashaari (blogger feveret aku hak3!), ZackZukhairi, MyzaAli, Fatin Akmal, Yanyan, Pyan, dan lain2 lagi.. mereka dikenali juga kann.. segala yang mereka tulis atau post dalam blog, pembaca lain boleh amek iktibar juga..x lupa juga personaliti penulis tu yang penting.. personaliti tu antara faktor yang boleh menarik pembaca biase untuk jadi pembaca setia ;) x semestinya apa yang kita buat secara zahir perlu dijadikan tauladan, kadang2 dengan pembacaan dan penghayatan lagi penting untuk kita betul2 fahami apa maksud penulis, apa yang ingin disampaikan oleh penulis.. jangan ingat hanya dengan publisiti aje orang lain mahu ikut kita, tidakk.. yang paling utama adalah mesej yang kita mahu sampaikan, juga niat kita supaya orang lain xkan ulangi sebarang kesilapan kita, kan dah sedekah gitu ;)) dari situ, mane la tahu kan, kita dah boleh jadi 'idola' atau pedoman untuk orang atau pembaca lain ;))


2) SUMBER PENDAPATAN..?? sape kate jadi blogger x boleh nak dapatkan duit?? hehe kalau bukan dari Nuffnang, ade lagi alternatif lain... ade Google AdSense, Innity, Alexa (yeke?) banyak lagi la gak.. kalau x guna advertiser, camne nak dapat duit? haa buat la blogshop, dapat gak menjana potensi untuk berniaga dalam diri, kan gitu? ;)) macam Ayunar, Geo Sweet Lens, Sisters Shawl.. dorang sume nih siap dapat order dari luar negara lagi tuu, jangan main2~ ;DD yang penting kena usaha lebih la gak, rezeki mane ada datang bergolek woo ;)) kalau artis, huhu menyanyi, berlakon, jadi pengacara..?? tu je kot, rasenye ade lagi gak kerja sampingannya.. ade je artis yang buat dengan cara yang halal dan tepati syariat (harap2 la hehe) kalau yang xde tu?? huhu pandai2 la jawab kat 'sana' nanti, kan? ;))


3) KRITIKAN ATAU PUJIAN..?? same la jugak, kat mane2 je pasti ade dua2 unsur nih, lagi2 di kalangan masyarakat kita.. tapi yang penting, persepsi kita untuk terima kritikan dan pujian ni tu yang menentukan kita boleh naik ke turun, kan? ;)) semuanya terletak pada pemikiran dan personaliti kita sendiri.. blogger dengan artis, dua2 akan dapat kritikan dan pujian.. cuma bezanya, artis dapat kritikan atau pujian yang terang-terangan lagi sampai 1 malaya boleh tahu hehe macam kes FS kat atas tadi tu hehe ;)) blogger plak boleh je tahu, cuma dalam rangkaian internet je la kot.. cuba tanya kat mak bapak korang yang x selalu layari internet kenal x yanyan, x pun myzaali?? haa kompem x en?? ;DD


ade lagi x persamaan artis dan blogger?? aku nih main cakap je, tapi fikir balik, lebih kurang gitu la kan hehe ;)) ape yang penting?? KERJASAMA~ WONDERPETS!! haha cara dan perbuatan kita untuk capai impian dan cita-cita itu yang penting ;))


secara x langsung aku promote gak blog orang lain hik3~ xpe2, sedekah gitu ;)) dan aku bukan anti-artis, aku cuma x suke cara sesetengah artis berkelakuan dan mereka anggap yang cara mereka tu.... sentiasa betul dan boleh buat ikut suka hati.. so don't take me wrong ;)) peace~

LIKE KALAU SUKA.
Related Posts with Thumbnails