Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Osama bin Laden Meninggal Dunia



terfikir jugak kenapa perlu ambil masa selama 10 tahun untuk tangkap atau bunuh Osama? dengan teknologi yang CIA ada, advanced sangat pun perlu ambil masa 10 tahun??

ada yang kata sebab 2014 ada election or something like that, yang buatkan Obama baru nak announce kematian Osama, kira macam sebab politik la gitu. 

ada juga yang kata kalau Osama ditangkap, ada ancaman bom nuklear akan diletupkan kat London or somewhere.

entah2 dorang tipu je nak announce gitu.

entah aku pun tak tahu. haha!

LIKE KALAU SUKA.

kentut di tempat awam pun jadi kes jenayah.

Assalamualaikum! :D

haaa dah lama sangat-sangat aku tak update blog aku nih, rindu2~ bukan ape, emosi aku kebelakangan ni tak berapa stabil, with something happened lagi T_T kalau aku ade mood aku ceritakan ek :)


okeh aku nak kongsi satu artikel nih. pasal kentut, atau dalam bahasa inggerisnye, 'farting'. hehe which is weird, aku baru jek letak video youtube Ryan Higa pasal farting kat entri bawah ni en hee~ jangan la korang pikir aku nih otak kotor, bukan la! habis la rating aku ngeh3~ :P


aku bukak website Yahoo, then aku macam biase la, baca artikel mana-mana yang bermanfaat, isu semasa ke, bagi otak ni berkembang sikit. korang pun sama gak tau, pergi la baca something beneficial, ni main fesbuk jek! :P 


then aku ternampak artikel pasal farting ni. kat Malawi, kerajaannya nak buat undang-undang baru bahawa tak boleh kentut di tempat awam. kalau kentut jugak, boleh kena penjara! O_o malahan, dorang consider farting as a crime! O_o pelik? yes. bagi aku, sangatlah tak mature kerajaan sesebuah negara nak buat undang-undang gitu. dah tak de isu besar lain ke yang dorang nak fikirkan? sangatlah unrealistic or even irrelevant! farting is nature, even konco-konco kerajaan sendiri pun kentut! 


i was like, dammit, ada lagi ke manusia berfikiran macam ni? hahaha! dalam artikel tu lagi, ade sorang tu komen yang kalau nak buat undang-undang kencing kat tempat awam tu relevant la gak kan, faham-faham la, lelaki.. *tiba-tiba!* ngahaha!


yela, manusia dah terlebih pandai, so jadilah gitu en ngeee~ oke lah, apa-apa hal, sila rujuk kat link artikel yahoo ni. artikel dalam bahasa inggeris, tipulah kalau korang x reti baca english en hee~

ok until next post, tata titi tutu~ :D  

LIKE KALAU SUKA.

TAHNIAH (lagi) MALAYSIA!! asyik Fahmi jek, aku nak SAFEE SALI haha!!

oh2 excited jugak Malaysia menang malam tadi haha! baru nak update sekarang hee~ :PP rata-rata aku tengok kat fesbuk, twitter, blog sumenye cakap pasal bola hehe~ ye laa dah 14 tahun x merangkul champion, akhirnya sampai jugak en hee Alhamdulillah~ :)

pastu boleh pulak penjaga gol skuad Malaysia kita nih, Khairul Fahmi, terus jadi glemer hehe~ :) ade rupa, boleh la jugak teheee~ tapi tu la, dah ade awek jejariruncing lagi tu, aku cancel terus la haha! :PP aku nak Safee Sali lah, striker Malaya kita haha yeeahhh!! :DDD



Tahniah kerana berjaya merangkul top scorer hee~ bangga aku jadi budak Selangor teheee~ :PP eh2 jap aku anak jati KL, jiran la tu kan?? hehehe~ :P

LIKE KALAU SUKA.

Bas Khas Wanita

Assalamualaikum :)

wahh aku respect jugalah RapidKL nak perkenalkan alternatif baru ni untuk kaum wanita.. sama je konsep macam tren KTM, di mana aku x pernah naik lagi hehe tapi ikutkan pemerhatian aku semua orang macam puas hati dengan konsep tu..



bila terbaca artikel ni, aku terus teringat kat negara Iran, dorang siap sediakan teksi khas untuk wanita lagi.. teksinya dorang catkan warna hijau, supaya senang penumpang wanita nak tahu teksi tu memang khusus untuk wanita sahaja.. nak lagi best, pemandu teksinya pun WANITA juga ;)) so, aku suka sangat konsep macam tu, rasa lagi selesa la nak guna public transport ni ;))



KUALA LUMPUR: Bas untuk wanita diperkenalkan oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) untuk memberi keselesaan dan memastikan keselamatan golongan itu sepanjang perjalanan ke destinasi masing-masing.


Ketua Pegawai Operasi Bas RapidKL, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, berkata Rapid Bas Wanita itu diperkenalkan selepas kerap menerima aduan daripada pengguna terutama wanita yang terpaksa berhimpit dan terdedah dengan gangguan seksual. “Tempoh percubaan perkhidmatan ini dilaksanakan sebulan bermula semalam dengan melalui tujuh laluan utama pengguna. Dua bas tambahan disediakan masing-masing bagi perkhidmatan pagi bermula 6.45 pagi dan 7.30 pagi serta sebelah petang pada 6 petang dan 6.45 petang setiap hari. “Perkhidmatan pagi membabitkan laluan U1 iaitu Hab Pinggiran Batu Caves; U8 (Hab Damansara Damai); U22 (Hab Sri Nilam); U40 (Hab Terminal Kajang); U60 (Hab Puchong Utama); U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81 (Hab Subang Suria).


“Pada petang, bas akan melalui U1 (Hab Medan Pasar); U8 (Hab Medan Pasar); U22 (Hab Jalan Hang Lekiu); U40 (Hab Pasar Seni); U60 (Hab Pasar Seni); U80 (Hab Pasar Seni) dan U81 (Hab Pasar Seni),” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.


Katanya, penanda khas diletakkan di cermin depan, tingkap, pintu bas dan skrin elektronik bas bagi membezakan bas khas terbabit dengan bas RapidKL biasa.


“Walaupun bas berkenaan dikhususkan untuk wanita, kanak-kanak lelaki berumur bawah 12 tahun dibenarkan menaiki pengangkutan itu dengan ditemani wanita. Sepanjang tempoh percubaan ini, RapidKL akan melakukan tinjauan kepuasan pengguna bagi meningkatkan perkhidmatan ini pada masa depan.

“Maklumat lanjut hubungi talian bantuan RapidKL di 03-78852585 atau emel suggest@rapidkl.com.my atau twitter di MYrapidKL atau layari www.rapidkl.com.my,” katanya.
 


LIKE KALAU SUKA.

jangan ambil mudah pada dunia sekarang

Assalamualaikum to my dearest readers ;)) semoga berada di bawah naungan rahmat Allah, aminn~ ;DD

huu tengah baca Berita Harian Online tadi.. ternampak article pasal Rozaliya Mat Lazim yg hilang mungkin diculik tuh.. kali ni family wanita tuh suspek yg tunang dia yang culik dia.. adehh xboleh gak main tuduh2 en, biar pihak yang berkuasa yang uruskan..

tapi en... haaa dah datang tapi tuh hehe bukan ape, bukan mau mengutuk ke ape2 ke.. cume kadang2 tuh pihak berkuasa nih amek serius tentang isu yang melanda, kadang2 tuh memang amek serius, hanya apabila dah didedahkan pada media.. terpulang juga pada cawangan masing2, ada yang memang strict dalam handle kes2 camni, ada yang amek ringan, just anggap itu salah orang lain seperti salah ibu bapa la yang xreti jaga anak.. ish3 xboleh jugak cakap camtu.. perkara2 macam ni kita x boleh tuding jari kat sape2, yang penting kita sama2 bersatu dan membantu untuk ringankan beban masing2 ;)) sekadar pendapat~


ok2 tengah baca article berita tuh, terus la aku teringat kat satu movie nih.. famous jugak rasanya.. crite ape?? heee~



TAKEN


seriously, movie nih memang membuka mata aku tentang lagi satu part of the world yang ramai lagi x sedar yang benda begini sedang terjadi.. PEMERDAGANGAN MANUSIA.. itulah realiti dunia sekarang, dunia akhir zaman.. seram gak sebenarnye huk3~ orang2 yang tamak dan x bertanggungjawab ni akan culik wanita2 muda dan kanak2 kecil untuk dijual bagi kepentingan mereka sendiri.. nak tahu lagi?? hee tengok la movie nih, memang akan nampak camne 'bisnes' dorang nih buat..


moral of the story...??? eh2 belum lagiii~ hehe ape yang aku nak tekankan dan yang menarik perhatian aku adalah ade satu part dalam movie nih, aku respect gile ;)) sebelum anak Liam Neeson tuh diculik, Liam (bapaknye) gitau kat dia suruh dia bagi description tentang penampilan fizikal laki yang culik dia.. time perempuan tuh kena tarik tuh, fon dia kan tertinggal kt bawah katil, dia terus jerit cakap description physical laki tuh, macam tinggi, kaler rambut, pakaian, tatu, and macam2 lagi.. bapaknye plak memang tengah record call tuh so dia dapat la info tu ;))


meaning to say that kadang2 special skills nih kita perlu ada, sekadar sebagai langkah berjaga2 ;)) time korang dah suspect atau syak yang korang diekori, terus gitau kat family ke member ke, just in case anything happens to you, at least ade orang terakhir yang tahu pasal update korang.. and lagi satu contoh, adek aku, Zetty ;)) setiap kali dia nak balik rumah menaiki teksi and dia naik sorang2, dia mesti mesej kat aku gitau nombor plet teksi tuh, sekali dengan nama driver tuh yg ada kt dashboard teksi tu ;)) memang tu salah satu langkah berjaga2 gak, sebab dulu pernah en kes pemandu teksi mencabul penumpangnye en, nauzubillah harap2 dijauhkan ;))


so, jangan amek mudah dengan perkara2 yang mungkin kita nampak sebagai perkara yang kecik.. kadang2 perkara yang kecil tuh boleh jadi perkara terbesar yang kita akan hadapi ;)) yang penting, jagalah diri baik2 di luar sane tuh, bahaya bukan pada wanita jek, even lelaki pun kena berjaga2 ;)))

LIKE KALAU SUKA.

Gadis trauma dibelasah 2 rakan

Salam to all ;)) haihh ape la nak jadi dengan budak2 zaman sekarang?? dulu pernah kes kat sekolah asrama, sampai budak Farid tu (tu kan name dia?) meninggal dibelasah.. sekarang plak budak2 perempuan dah pandai nak belasah.. haishhh~ nyampah aku baca.. nk selesaikan konflik kot ye pun,guna la cara yang bertamadun sikitt~ ;PPP bikin wa panas aje laa...


sumber: berita harian
Calon SPM cedera dipukul di hadapan orang ramai dekat pejabat pos.

PETALING JAYA: Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Damansara di sini, yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan, trauma selepas dibelasah dua pelajar perempuan sekolah sama, disaksikan puluhan pelajar lain dan orang ramai di depan sebuah pejabat pos. Dalam kejadian jam 3 petang, Jumaat lalu, pelajar itu bukan saja cedera dipukul dua pelajar perempuan, masing-masing Tingkatan Lima dan Tiga, malah baju sukan dipakainya turut ditarik sehingga menampakkan baju dalam.
Berikutan kejadian itu, Fatin Farihah Nordin, 17, yang luka tisu lembut pada bahagian kepala, telinga berdarah, bengkak dan luka di dahi serta kepala, mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, pada hari sama.

Mangsa yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh, sejurus selepas kejadian itu tidak ke sekolah sejak dua hari lalu kerana malu dan trauma selain bimbangkan keselamatan dirinya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, yang dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Beliau berkata, polis juga sudah mengambil keterangan dua pelajar yang terbabit dalam serangan itu.
Sementara itu, Fatin Farihah berkata, sebelum kejadian dia dan dua rakannya ke pejabat pos selepas diberitahu yang dua pelajar perempuan terbabit termasuk seorang yang sedang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) mahu berjumpanya di situ untuk menyelesaikan perselisihan faham.

Bagaimanapun, katanya, sebaik dua pelajar terbabit tiba, berlaku pertelingkahan antara mereka sebelum dua pelajar itu memaki dan memanggilnya bohsia serta menggelar ibunya pelacur.

“Selepas itu, mereka pukul saya dan ketika bergelut untuk melepaskan diri, saya terjatuh dan mereka menarik baju saya hingga menampakkan baju dalam.

“Saya malu kerana ramai pelajar lain termasuk pelajar lelaki dan orang ramai berada di situ dan mereka hanya melihat tanpa memberikan bantuan,” katanya.

Akibat kejadian itu, Fatin Farihah berkata, dia tidak berani ke sekolah, malah tumpuan terhadap pelajaran menjelang SPM tidak lama juga terganggu.

Beliau percaya kejadian itu berpunca akibat perselisihan faham dan rasa tidak puas hati dua pelajar berkenaan selepas ibunya membuat laporan polis selepas dibelasah sekumpulan pelajar di luar sekolah mereka, Mac lalu.


LIKE KALAU SUKA.
Related Posts with Thumbnails