tips untuk elakkan teknologi anda pembawa malang kepada anda sendiri!

Assalamualaikum! :)


aku baru dapat email dari makcik aku. pasal strategi pencuri zaman moden ni nak mencuri dengan gunakan teknologi kita sendiri. email yang aku dapat tu dalam english language, tapi aku translate kan untuk korang senang baca yek :) harap dapat sebarkan, nak copy boleh, tapi backlink k :)


pencuri zaman sekarang bukan macam dulu, guna parang la bagai. (padahal ade je lagi, pencuri kuno la tu tehee~). nowadays dunia dah advanced sangat, pasal teknologi je suma orang dah tahu. yang mahu ditekankan kat sini adalah teknologi GPS dan HANDPHONE. ok, bagaimana pencuri zaman sekarang nak 'rompak' kita tanpa perlu bersemuka dengan kita?

GPS
ada la pasangan suami isteri ni. dorang berdua pergi tengok perlawanan football kat stadium. bila dah tamat perlawanan, tengok-tengok kereta dorang dah kena pecah masuk. pencuri hanya ambil remote control garaj rumah dorang, duit, dan GPS yang ada kat dashboard kereta tu.

bila dorang dah sampai rumah, tengok-tengok habis barang-barang berharga dan tak berharga pun kena sapu oleh perompak-perompak tu. yup, PEROMPAK-PEROMPAK. sebab nak buat kerja camni tak boleh sorang-sorang, dan kena plan betul-betul. so, geng perompak tu gunakan GPS untuk tengok location couple tu yang dah ditulis HOME, atau rumah. so perompak-perompak tu dapat la pergi ke rumah dorang. then, geng tu guna remote control garaj dorang untuk bawak masuk lori supaya geng tu boleh pindahkan barang-barang dalam lori. dahsyat kan?



so pengajarannya, kalau boleh guna atau beli GPS yang tak perlu lekat terus kat dashboard tuh. bahaya. macam gambar kat atas tu, GPS macam tu yang berisiko sikit, sebab memang dah attach kat dashboard kan. sebab perompak boleh cabut GPS tu dari dashboard untuk pergi ke lokasi rumah korang. kalau boleh, beli yang portable tu, yang kecik tu korang boleh bawak pergi mana-mana. kalau dah tu je GPS yang korang ada, yang attach kat dashboard tu, at least jangan letak nama HOME untuk lokasi rumah korang, atau at least letak HOME kat lokasi stesen minyak atau kedai runcit atau supermarket dekat-dekat rumah korang. cara camni boleh buat perompak confuse fikir-fikir mana rumah korang sebenarnya.


HANDPHONE
lepas ni korang kena tukar cara korang nak letak nama kat list contact handphone korang. ada seorang perempuan ni, handbag dia kena ragut. just like other women, dia letak la segala harta dalam beg tu en, macam aku gak tehee~ handphone, purse, mekap and so on. lepas kena ragut tu, dia call husband dia guna telefon awam. (mana dia dapat syiling aku pun tak tahu tehee~) dia cerita la dia kena ragut sume2 kan. then husband dia gitau yang dia dapat sms dari dia tanya nombor pin atm ape, konon macam dia terlupa la en. then dorang pergi check kat bank, tengok-tengok habis duit dia kena sapu habis oleh peragut tu guna kad atm dia dalam purse dia tadi.




so pengajarannya, lepas ni kena tukar cara korang letak nama contacts korang dalam fon. aku tahu sangat la perempuan-perempuan nih suka letak bunga2 kat nama pakwe atau hubby masing-masing en. tapi kalau boleh tukar la. takut jadi macam kes kat atas nih. jangan letak panggilan macam ayah, mak, kakak, abang, adik, hubby, pakwe, bucuk, sayang, ayang, baby hehehe~ sebab cara tu pencuri boleh tahu kita selalu contact siapa, takut membahayakan orang lain pula kan. letak la nama dorang, baru pencuri tak tahu kita relate apa dengan nama tu kan :)


aku rasa cara kecurian zaman moden nih berlaku kat US, tapi tak mustahil akan berlaku kat Malaysia juga. so sila sebar-sebarkan. harap-harap aku bukan sebarkan cara untuk mencuri huhu :D


oktillnextposttata!





LIKE KALAU SUKA.

3 comments:

  1. woh..mmg sgt bahaya..abis semua kne sapu..thanks for sharing dear..:)

    meh ke rumah,
    ~kerana dia model~
    keep in touch ye...:) ♥♥♥

    ReplyDelete
  2. takutnye..
    tengs dear for that info :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails